Berdasarkan maklum balas, penambahbaikan telah dimurnikan.
CADANGAN MINI KAJIAN TINDAKAN :
Blog dan Kad Imbasan dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Tujuan Kajian
- Membudayakan ICT dengan menggunakan pendekatan Blog dan Kad Imbasan dalam Matapelajaran Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat.
Objektif Kajian
- Memperbaiki amalan pengajaran matapelajaran Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat. - Meneroka kemudahan dalam aplikasi penggunaan laman web Blog dan pendekatan kad imbasan oleh guru dan pelajar untuk diaplikasi pada masa akan datang.
Pernyataan Masalah
-Masalah yang timbul dikalangan pelajar yang kurang minat terhadap mata pelajaran Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat . Hal ini kerana guru lebih banyak mengamalkan pengajaran tradisional berbentuk syarahan dan hanya berpandukan kepada buku teks tanpa latihan praktikal yang cukup.
-Masalah kurangnya pendedahan penggunaan kemahiran laman web Blog dalam pengajaran dan pembelajaran.
Persoalan Kajian
Adakah pendekatan blog dan kad imbasan dalam subjek Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat dapat menarik minat pelajar? Adakah penggunaan blog dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mendedahkan kemahiran teknologi kepada pelajar?
Jurnal 1 : Implementing Readers Theatre as an Approach to Classroom Fluency Instruction Chase Young, Timothy Rasinski
Pernyataan Masalah :
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh National Institute of Child Health and Human Development (NICHD), hasil kajian menunjukkan budaya membaca di kalangan kanak-kanak menjadi masalah utama dalam kurikulum di sekolah. Budaya membaca di kalangan kanak-kanak sangat lemah kerana tiada minat dan kesedaran akan pentingnya budaya membaca. Kebanyakan kanak-kanak kurang minat dalam aktiviti membaca dan sekaligus memberi kesan bukan sahaja dalam pertuturan malah dalam perbendaharaan kata. Masalah ini telah menjejaskan prestasi dalam bidang kurikulum di sekolah. Sumber : http://www.nichd.nih.gov/research/supported/nrp.cfm
Jurnal 2 : Using a Visual Tool to Increase Adjectives in the Written Language of Students Who Are Deaf or Hard of Hearing Susan R. Easterbrooks Melody Stoner
Pernyataan Masalah :
Masalah yang timbul adalah pencapaian pelajar masalah pendengaran khususnya dalam bidang penulisan bahasa amat lemah disebabkan ketidakupayaan untuk memahami maksud yang disampaikan oleh guru. Pelajar dengan masalah pendengaran biasanya menghadapi masalah dalam penulisan kerana ia memerlukan pemikiran kognitif yang tinggi dalam sesuatu penulisan. Memandangkan pelajar sukar membayangkan maksud dalam penulisan, ia menyukarkan pelajar ini membina pengetahuan dan seterusnya membuat kesilapan dalam penulisan.
Jurnal 3 : Enhancing Teachers' Incorporation of ICT in Classroom Teaching Kin Ping LEUNG James J. WATTERS Ian S. GINNS
Pernyataan Masalah :
Pendedahan guru dalam kemahiran ICT adalah penting untuk memastikan pembelajaran dan pengajaran yang berasaskan teknologi maklumat dapat dicapai. Sehubungan dengan itu, keperluan ICT dalam pendidikan sangat jelas kerana hampir semua negara mengamalkan proses P&P yang menggunakan ICT. Walaubagaimanapun, penerapan budaya ICT di kalangan guru masih kurang dan penulis telah bekerja keras untuk membantu memberikan pendedahan dalam pengajaran ICT kepada guru di dalam bilik darjah. Jurnal ini membincangkan sejauh mana penulis mengkaji usaha-usaha guru dalam mengintegrasikan budaya ICT di dalam proses P&P guru di bilik darjah.
Penulis menerangkan cara atau kaedah untuk mengenalpasti masalah dalam kajian tindakan. Kajian adalah tentang bertanyakan soalan dan mengumpul data untuk membantu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Walaubagaimanapun, masalah ini akan berpanjangan sekiranya kaedah dalam menjalankan kajian tindakan tidak dilaksanakan secara efektif. Penulis menjelaskan apa yang penting semasa mengenalpasti masalah kajian tindakan adalah sejauh mana pemahaman pengkaji dalam mengkaji masalah yang dihadapi.
Penulis mencadangkan pengkaji perlu membina soalan kajian (research question) dalam kajian tindakan mereka. Soalan-soalan kajian adalah perlu kerana:-
a) membantu pengkaji dalam mengecilkan skop kajian . b) membantu pengkaji untuk mendalami kajian yang dijalankan. c) membantu pengkaji mengenalpasti isu empirikal dan menentukan soalan empirikal (Clough & Nutbrown, 2002)
- Membudayakan ICT dengan menggunakan pendekatan Blog dalam Subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (Pertanian)
Objektif Kajian
- Memperbaiki amalan pengajaran Subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (Pertanian). - Meneroka kemudahan dalam aplikasi penggunaan laman web Blog oleh guru dan pelajar untuk diaplikasi pada masa akan datang.
Pernyataan Masalah
- Masalah yang timbul dikalangan pelajar yang kurang minat terhadap subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (Pertanian). Hal ini kerana guru lebih banyak mengamalkan pengajaran tradisional berbentuk syarahan dan hanya berpandukan kepada buku teks tanpa latihan praktikal yang cukup.
- Masalah kurangnya pendedahan penggunaan kemahiran laman web Blog dalam pengajaran dan pembelajaran.
Persoalan Kajian
Adakah pendekatan blog dalam subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (Pertanian) dapat menarik minat pelajar?
Adakah penggunaan blog dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mendedahkan kemahiran teknologi kepada pelajar ?
AKTIVITI 8 : Huraikan Cadangan Mengatasi Kelemahan Pengajaran Tajuk Kajian
Thursday, November 19, 2009
Cadangan mengatasi masalah pengajaran (Individu)
1. Peranan guru adalah penting untuk memantau aktiviti pelajar agar pelajar tidak leka dengan aplikasi yang menarik dalam blog. Guru perlu bersikap tegas dengan memastikan pelajar mengikuti pengajaran yang diajar.
2. Peranan guru amat penting untuk menjelaskan kepada pelajar agar tidak menyalahgunakan aplikasi-aplikasi yang disediakan untuk kepentingan peribadi.
3. Guru perlu memberi bantuan agar menggunakan aplikasi-aplikasi mudah yang bersesuaian dan boleh digunakan oleh semua pelajar.
Cadangan mengatasi masalah pengajaran (Perbincangan dalam Kumpulan)
1. Blog dan kad imbasan sebagai alternatif baru kepada pengajaran bersifat tradisional. 2. Guru perlu sentiasa beri dorongan kepada pelajar dengan mengalakkan perkongsian penemuan kemudahan baru dalam Blog bersama rakan-rakan yang lain. Dengan penggunaan kad imbasan pula, menggalakkan pelajar berfikir untuk mendapatkan sesuatu penemuan yang baru. 3. Blog sebagai teknik pengajaran dapat membantu guru untuk mendedahkan penggunaan teknologi maklumat kepada pelajar. 4. Penggunaan kad imbasan yang menarik dapat dijadikan sebagai salah satu aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.
Cadangan mengatasi masalah pengajaran (Perbincangan dalam Kumpulan Lain)
1. Penggunaan blog boleh menarik minat kepada pelajar dengan pendedahan kepada pelbagai fungsi di dalam blog manakala penggunaan kad imbasan yang menarik dapat menerapkan konsep kontekstual kepada pelajar. 2. Guru dapat menggunakan blog dan kad imbasan dengan pelbagai cara mengikut kreativiti guru dan sekali gus dapat mempelbagaikan konsep pengajaran dalam subjek Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat. 3. Dengan menggunakan kad imbasan dan blog, pelajar boleh mengembangkan idea dan konsep pembelajaran dalam subjek Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat dengan bantuan guru.
Cadangan mengatasi masalah pengajaran (berdasarkan Jurnal)
Buku rujukan : "Blogs, Wikis, Podcasts, and Other Powerful Webtools for Classroooms." Pengarang : Will Richardson
Berdasarkan kepada buku di atas, pengarang menyatakan kebaikan blog seperti yang disenaraikan dibawah: 1. Memberi pendedahan secara pemikiran kritikal dan analitik (critical and analytical thinking) 2. Memberi pendedahan pemikiran secara kreatif dan intuitif. 3. Memberi pendedahan pemikiran analogik. 4. Meningkatkan peluang capaian maklumat dan pendedahan terhadap kualiti maklumat yang disiarkan. 5. Gabungan makluamat melalui individu dan interaksi sosial.
Huraian Kekuatan Pengajaran Berdasarkan Matapelajaran ("Jurnal Pertama")
Jurnal Rujukan : Hui-Yin Hsu,.(2009).,Preparing teachers to teach literacy in responsive ways that capitalize on students’ cultural and linguistic backgrounds through weblog technology.,Multicultural Education & Technology Journal.,Vol.3.No.3.,pp168-181. Pengarang : Hui Yin Hsu
Kekuatan pengajaran melalui web Blog: 1. Dengan bantuan web blog, pengajar dapat memanjangkan tempoh perbincangan yang terhad didalam kelas. Ini bermakna, proses perbincangan akan berlanjutan dan tidak akan berakhir di dalam bilik darjah sahaja. 2. Blog dapat dijadikan sebagai alat untuk membantu pengajar dan guru pra-perkhidmatan menyampaikan maklumat, pengalaman sendiri dan sumber untuk dikongsi bersama pelajar. 3. Blog dapat dijadikan sebagai medium perkongsian pendapat. 4. Mengatasi masalah kekangan masa untuk pengajaran dan pembelajaran subjek di dalam kelas.
Huraian Kekuatan Pengajaran Berdasarkan Matapelajaran ("Jurnal Kedua")
Jurnal Rujukan : The Application of Blog in English Writing Pengarang : Di ZHANG Universiti : Foreign Language School, Linyi Normal University
Kekuatan Pertama Blog ialah satu alat yang berkesan untuk pelajar dalam memperbaiki penulisan bahasa Inggeris berdasarkan pemerhatian umum pada fungsi dan aplikasi Blog dalam pendidikan.
Kekuatan Kedua Blog dapat menarik perhatian pelajar dalam membuat refleksi tentang pembelajaran penulisan bahasa Inggeris.
Kekuatan ketiga Blog juga boleh digunakan sebagai aplikasi ‘blogging’ dan potensinya dalam aplikasi pedagogi kepada pendidikan, terutamanya dalam penulisan bahasa Inggeris.
AKTIVITI 7 : Huraikan kelemahan pengajaran berdasarkan matapelajaran
Huraian Kelemahan Pengajaran Berdasarkan Matapelajaran (Pengalaman Individu) 1. Penggunaan internet yang mudah untuk mencapai sumber maklumat pada blog memberi implikasi pelajar akan leka dan mula melayari laman web yang lain. 2. Keseronokan melayari blog ketika bersembang secara maya sehingga lupa pada penyampaian maklumat yang disampaikan oleh guru. 3. Pelajar tidak dapat menggunakan aplikasi atau perisian untuk digunakan oleh pelajar disebabkan komputer dan laptop tidak menyokong perisian tersebut.
Huraian Kelemahan Pengajaran Berdasarkan Matapelajaran (Pengalaman Kumpulan)
1. Pengajaran bersifat tradisional dimana guru hanya bergantung kepada penggunaan buku teks dan pengajaran berpusatkan guru. 2. Guru kurang menerapkan pengajaran melalui penemuan dan penerokaan. 3. Guru kurang mendedahkan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran 4. Kurang pengajaran berbentuk aktiviti seperti penggunaan kad imbasan
Huraian Kelemahan Pengajaran Berdasarkan Matapelajaran (Pengalaman Kumpulan Lain) 1. Guru lebih fokus kepada pengajaran 'chalk & talk' dan kurang berpusatkan pelajar. 2. Guru kurang kreatif dalam mempelbagaikan alat bantu mengajar dan selalunya lebih bergantung kepada buku teks sahaja. 3. Guru tidak memainkan peranan dalam mengembangkan potensi dan kebolehan dalam diri pelajar.
Huraian Kelemahan Pengajaran Berdasarkan Matapelajaran ("Literature Review")
Jurnal : Information Technology and the Classroom of the Future oleh William J. Adams dan B. J. Jansen, United States Military Academy
Dalam kajian jurnal ini, pengkaji menyatakan beberapa kelemahan dalam penggunaan Teknologi Maklumat dalam pengajaran kelas iaitu :
Guru perlu mempunyai kemahiran dalam meletakkan bahan dalam rangkaian komputer atau mencipta sumber multimedia untuk kursus mereka.
Pencarian dana untuk menyokong pembelian alat-alat teknologi komputer dan juga kos penyelenggaraan yang tinggi.
Jurnal 2 : Visualisasi: Satu Anjakan Dalam Teknik Penyelesaian Masalah Matematik KBSR oleh Samsudin Drahman dan Fatimah Saleh
Dalam kajian jurnal ini, pengkaji menyatakan beberapa kelemahan dalam pengajaran subjek matematik iaitu :
Murid melaksanakan penyelesaian tanpa memahami dengan sempurna maksud keseluruhan sesuatu masalah semasa menyelesaikan masalah matematik berayat.
Murid terkongkong dengan satu teknik penyelesaian yang biasa disampaikan oleh guru sahaja.
Aktiviti pembelajaran pada peringkat operasi konkrit masih bergantung kepada objek-objek maujud dan menggunakan “hand-on material”.
Jurnal 3 : Kesediaan Guru-Guru Perdagangan di Wilayah Persekutuan dari aspek pengetahuan kaedah pengajaran dan sikap terhadap pengajaran subjek pengajian keusahawanan oleh Nor Aishah Buangi dan Yap Poh Moi.
Dalam kajian jurnal ini, pengkaji menyatakan beberapa kelemahan dalam pengajaran subjek perdagangan iaitu :
Pengetahuan pedagogi guru-guru Perdagangan tentang kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai diamalkan dalam pengajaran subjek adalah terhad.
Guru-guru Perdagangan masih suka dengan teknik kuliah, soal jawab dan penyelesaian masalah, sementara teknik-teknik pengajaran seperti simulasi, projek, dan permainan tidak popular di kalangan mereka.
Terdapat guru-guru Perdagangan yang berminat dalam bidang keusahawanan tetapi enggan melibatkan diri atau meluangkan masa dalam membimbing pelajar-pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan pada waktu-waktu tertentu di sekolah.
AKTIVITI 6 : Huraian Kekuatan Pengajaran Berdasarkan Matapelajaran
Huraian Kekuatan Pengajaran Berdasarkan Matapelajaran (Pengalaman Individu)
Kekuatan Pertama Subjek Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat mengandungi pelbagai konsep dan teori dan praktikal yang boleh digunakan dan diaplikasikan oleh guru melalui konsep konstruktivisme dalam proses P&P guru.
Kekuatan Kedua Kandungan dan topik-topik subjek Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat diberikan penekanan oleh guru yang berdasarakan kepada buku teks pelajar.
Kekuatan Ketiga Penilaian dan prestasi pelajar dapat diukur melalui ujian dan latihan yang boleh diperolehi dalam buku teks untuk meningkatkan kefahaman pelajar.
Huraian Kekuatan Pengajaran Berdasarkan Matapelajaran (Pengalaman Kumpulan)
Kekuatan Pertama Pengajaran subjek Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat adalah berkait langsung dalam kehidupan seharian.
Contohnya Bab Konsumerisme dalam subjek perdagangan memberikan pengetahuan kepada pelajar berkenaan hak-hak mereka sebagai pengguna kepada barangan dan perkhidmatan.
Topik bentuk dan ruang dalam subjek Matematik melibatkan bentuk-bentuk yang akan digunakan dan dilihat dalam kehidupan seharian.
Subjek Teknologi Maklumat pula memberi kesan interaksi yang ketara disebabkan pendedahan kepada teknologi yang semakin membangun pada masa kini.
Kekuatan Kedua Guru menggunakan masa yang diperuntukkan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kekuatan Ketiga Guru mempraktikkan amalan yang dipercayai oleh pelajar.
Kekuatan Keempat Murid selesa dengan pengajaran sedia ada oleh guru.
Huraian Kekuatan Pengajaran Berdasarkan Matapelajaran (Pengalaman Kumpulan Lain)
Kekuatan Pertama Pengajaran ketiga-tiga subjek hanya daripada satu punca iaitu guru dimana pelajar bergantung hanya kepada satu sumber maklumat yang sahih. Kekuatan Kedua Guru menggunakan masa yang diperuntukkan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kekuatan Ketiga Guru mempraktikkan amalan yang dipercayai oleh pelajar. Kekuatan Keempat Murid selesa dengan pengajaran sedia ada oleh guru.
Huraian Kekuatan Pengajaran Berdasarkan Matapelajaran ("Literature Review") Jurnal 1 : Information Technology and the Classroom of the Future oleh William J. Adams dan B. J. Jansen, United States Military Academy
Dalam kajian jurnal ini, pengkaji menyatakan beberapa kekuatan dalam penggunaan Teknologi Maklumat dalam pengajaran kelas iaitu :
1. Menyampaikan Arahan Bahan Pengajaran Penggunaan interaktif dengan menggunakan Hypertext Markup Language (HTML) dan WWW untuk memasukkan persembahan video. Penggunaan laman web yang memautkan fail multimedia, guru boleh menggunakan laman web untuk memilih dan memasangkan pelbagai video. Guru juga boleh merekodkan video atau kaset audio pengajaran dalam kelas dan kemudian menghantar e-mel kepada setiap pelajar untuk simpanan mereka. Penyampaian bahan pengajaran juga boleh dibuat melalui sistem Video Conferencing (VTS), guru boleh menghantar isyarat video dan audio kepada pelajar pada lokasi yang berlainan. Pelajar boleh berkomunikasi dengan guru dengan menggunakan sistem ini.
2. Interaksi dengan Pelajar Guru boleh berinteraksi dengan pelajar dengan menggunakan mesej elektronik (E-mel) untuk memaparkan pertanyaan, jawapan soalan dan memberikan tugasan serta bantuan. Selain itu, guru boleh menggunakan forum terbuka yang disokong oleh senarai e-mel seperti USENET forum berita, atau sistem papan buletin yang membenarkan pelajar untuk menyampaikan soalan mereka dan kemudian ia akan terbuka untuk dikomen dan dijawab oleh ramai orang.
3. Tugasan dapat diberikan, diterima dan dinilai Guru dapat memberikan tugasan melalui laman web dan e-mel. Pelajar boleh mencari sumber daripada pangkalan data maklumat laman web. Guru boleh meminta pelajar untuk membina satu HTML untuk menghantar tugasan dan guru boleh menilai tugasan melalui laman web mereka.
Jurnal 2 : Visualisasi: Satu Anjakan Dalam Teknik Penyelesaian Masalah Matematik KBSR oleh Samsudin Drahman dan Fatimah Saleh
Pengkaji menyatakan kekuatan dalam pengajaran Matematik iaitu dalam teknik penyelesaian masalah matematik, murid cenderung menyelesaikan masalah matematik menggunakan teknik menghafal prosedur dan operasi matematik, menggunakan angka-angka dan istilah yang menjadi kata kunci dapat menghasilkan penyelesaian yang betul bagi masalah matematik yang rutin.
AKTIVITI 5 : MENGAPA GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN
Nama Ahli Kumpulan : Christy Jr Tan Jenilie Bt Jinggom Gabrielea Georgyna Majutin
a) Mengapa guru perlu membuat kajian tindakan. (Refleksi Individu)
1. Kajian Tindakan memberikan peluang kepada guru untuk memperbaiki kaedah pengajaran dengan lebih berkesan. 2. Kajian Tindakan meningkatkan pengetahuan guru dan meluaskan pemikiran guru untuk mencari atau mencipta kaedah-kaedah, pandangan, idea dan langkah penyelesaian dalam setiap isu-isu yang dibangkitkan. 3. Kajian Tindakan memastikan guru sentiasa peka terhadap penyelidikan daripada penyelidik lain dan berusaha untuk menambahbaik penyelidikan tersebut yang bersesuaian dengan kajian yang ingin dilaksanakan.
b) Mengapa guru perlu membuat kajian tindakan. (Refleksi Kumpulan)
1. Kajian Tindakan membantu guru membuat penilaian sejauh mana pengajaran guru berkesan menggunakan pelbagai kaedah dan bagaimana guru mampu memberikan yang terbaik kepada pelajar berdasarkan kepada penyelidikan oleh guru dan penyelidik yang lain. 2. Kajian Tindakan boleh dijadikan asas panduan atau rujukan kepada penyelidik atau guru lain dan memberikan gambaran jelas tentang isu-isu kajian. 3. Kajian Tindakan bertindak sebagai usaha yang berterusan dalam membantu antara satu sama lain dan bekerja bersama untuk menentukan langkah penyelesaian dalam masalah yang dihadapi.
c) Tujuan menjalankan Kajian Tindakan berdasarkan Tajuk Pilihan (Blog dan kad imbasan dalam Pengajaran dan Pembelajaran).
Tajuk ini dipilih kerana : 1. Masalah -Masalah yang timbul dikalangan pelajar yang kurang minat terhadap subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (Pertanian). Hal ini kerana guru lebih banyak mengamalkan pengajaran tradisional berbentuk syarahan dan hanya berpandukan kepada buku teks tanpa latihan praktikal yang cukup.
-Masalah kurangnya pendedahan penggunaan kemahiran laman web Blog dalam pengajaran dan pembelajaran.
CADANGAN MINI KAJIAN TINDAKAN : Blog dan Kad Imbasan dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Kumpulan kami ingin membuat kajian mengenai blog dan kad imbasan dalam proses P&P bagi matapelajaran Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat sebagai medium pengajaran. Secara jelas kami menggunakan pendekatan blog dan kad imbasan sebagai salah satu kaedah pengajaran yang boleh dicapai oleh semua pelajar khususnya pelajar berkeperluan khas.
Pendekatan Blog dan Kad Imbasan secara umum
Secara umumnya, penggunaan blog dan kad imbasan dalam pendidikan adalah sangat meluas. Ini adalah kerana kepesatan dalam industri teknologi maklumat dengan cepat dan mudah. Pendekatan blog dan kad imbasan dalam pengajaran dan pembelajaran memudahkan pelajar mahupun guru untuk menyampai dan menerima maklumat iaitu antara salah satu teknik "Two-way Communication" secara maya dan formal.
Pendekatan Blog dan Kad Imbasan dalam Matapelajaran di bilik darjah
Kami menggunakan pendekatan ini kerana penggunaan blog dan kad imbasan sangat pesat dan membantu dari segi penyampaian maklumat, pengisian maklumat yang tidak terhad dan boleh dijadikan rujukan untuk pelajar semasa mengulangkaji dan sebagai rujukan semua pelajar lain. Kami ingin menerapkan penggunaan blog dan kad imbasan yang bermaklumat dalam matapelajaran Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat kerana matapelajaran ini mempunyai banyak topik. Penggunaan blog dan kad imbasan bukan sahaja membantu menyampaikan isi pengajaran tetapi juga menjadi bahan pengajaran dalam bentuk permainan, kuiz dan lain-lain. Pendekatan ini amat sesuai untuk mengajar kerana blog dan kad imbasan adalah umum dan mudah untuk disunting untuk memastikan bahan pengajaran adalah jelas dan difahami.
Peserta Kajian
Pelajar Berkeperluan Khas subjek Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat
AKTIVITI 3 - Pembentangan Pertama dan Kedua Kolokium DPLI Januari 2009
Tajuk
Pembentangan Pertama : MENINGKATKAN MINAT PELAJAR DALAM
SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM BAHAGIAN IBADAH
MELALUI KAEDAH SIMULASI
Pembentang :
AISYATULASYIQAH BT MOHAMED
P48594
Permasalahan
kepada Kajian Tindakan
1. Kaedah Pengajaran yang digunakan tidak berkesan untuk mempelajari Pendidikan Islam. 2. Guru hanya menekankan proses P&P yang berpusatkan guru.
Metodologi Kajian
1. Menggunakan kaedah Simulasi untuk menerangkan cara-cara menyucikan najis Mukhaffah, mutawassitah dan mughallazah. 2. Guru membuat simulasi di hadapan pelajar. 3. Pelajar diberi peluang untuk melaksanakan simulasi tersebut. 4. Guru memperkasakan pengetahuan pelajar dengan kuiz secara lisan. 5. Pelajar menjawab kuiz lisan dengan mencabut soalan dalam kotak yang disediakan. 6. Guru memilih pelajar secara rawak.
Kesesuaian Kajian dengan Maksud Kajian Tindakan
Pada pendapat saya, kajian yang dijalankan hanya memfokuskan kepada kaedah pengajaran menggunakan pendekatan simulasi dalam proses P&P. Menurut Kemmis, 1986. Beliau menyatakan maksud Kajian Tindakan sebagai penambahbaikan kepada kaedah pengajaran, penambahbaikan kepada kefahaman dalam kaedah pengajaran dan penambahbaikan kepada situasi di mana kaedah pengajaran dilaksanakan. Berdasarkan kepada pernyataan beliau, pembentang cuba menggunakan pendekatan simulasi dan memperbaiki kaedah ini untuk proses P&P. Pembentang menambahbaik kaedah simulasi dengan melibatkan penglibatan pelajar dan memperbaiki kefahaman kaedah simulasi dengan memberi peluang kepada pelajar untuk menjalankan simulasi sendiri. Ini jelas menunjukkan pembentang menjalankan kajian tindakan sesuai dengan maksud kajian tindakan berdasarkan kepada Kemmis,1986.
Tajuk
Pembentangan Kedua : MENINGKATKAN
MINAT PELAJAR TERHADAP SIRAH DAN
TAMADUN ISLAM DALAM MATA PELAJARAN
PENDIDIKAN ISLAM MELALUI PENDEKATAN
TAYANGAN VIDEO
Pembentang :
ASSARAH BINTI AHMAD SUKI P48590 NURULHUDA BINTI RAHIM P48613 NURUL HAFIZA BINTI SOHAIMI P49004
Permasalahan kepada Kajian Tindakan
1. Pelajar kurang memahami pengajaran guru kerana kekurangan alat bantu mengajar yang terhad dan tidak berkesan untuk membantu kefahaman pelajar. 2. Guru perlu menggunakan pelbagai kaedah untuk memastikan pelajar memahami maksud dan pengajaran guru dalam bilik darjah. 3. Guru menambahbaik kaedah sedia ada dengan kreativiti sendiri untuk menghasilkan kaedah yang berkualiti dan berkesan yang membantu pelajar.
Metodologi Kajian
1. Metodologi kajian dibahagikan kepada tiga peringat. 2. Peringkat Pertama, guru membuat perancangan aktiviti P&P menerusi Rancangan Pengajaran Harian (RPH) 3. Peringkat Kedua, guru melaksanakan proses P&P menggunakan tayangan video sebagai alat bantu mengajar. 4. Guru menayangkan video dan meminta pelajar melaksanakan aktiviti dalam kumpulan secara perbincangan dan membuat pembentangan. 5. Guru menilai reaksi dan tingkahlaku pelajar berdasarkan kepada keberkesanan tayangan video yang dijalankan. 6. Peringkat terakhir, guru membuat refleksi melalui analisis data untuk menilai keberkesanan kaedah yang digunakan.
Kesesuaian Kajian dengan Maksud Kajian Tindakan
Pada pendapat saya, kajian yang dijalankan hanya memfokuskan kepada kaedah pengajaran menggunakan tayangan video dalam proses P&P. Berdasarkan kepada kajian pembentang, pembentang cuba mengunakan kaedah tayangan video sebagai kaedah pengajaran. Menurut maksud kajian tindakan secara umum, kajian tindakan adalah suatu proses penambahbaikan kaedah pengajaran guru dalam bilik darjah. Guru cuba untuk memperbaiki kaedah pengajaran dengan mengunakan pendekatan video. Boleh dikatakan pembentang menjalankan kajian tindakan kerana pembentang berusaha memperbaiki kaedah pengajaran berasaskan video. Walaubagaimanapun, kajian ini kurang menekankan kajian tindakan sebagai proses untuk menambahbaik kaedah sedia ada kerana pendekatan yang digunakan telah lama diamalkan dan perlu diperkasakan lagi dengan kreativiti yang baru dan asli.
Journal 1 Implementing Readers Theatre as an Approach to Classroom Fluency Instruction Chase Young, Timothy Rasinski
Kajian ini merujuk kepada kaedah menggunakan teater dalam proses P&P. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap literasi dari segi percakapan dalam diri pelajar. Kajian ini dijalankan selama lima hari dengan sampel kajian 29 pelajar (Second Grade). Kajian ini dijalankan setiap hari dalam lima hari tersebut dan terdapat aktiviti pembacaan. Pelajar akan diberikan teks/skrip dan membaca di hadapan pelajar.
-Pernyataan Masalah-
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh National Institute of Child Health and Human Development (NICHD), hasil kajian menunjukkan budaya membaca di kalangan kanak-kanak menjadi masalah utama dalam kurikulum di sekolah. Budaya membaca di kalangan kanak-kanak sangat lemah kerana tiada minat dan kesedaran akan pentingnya budaya membaca. Kebanyakan kanak-kanak kurang minat dalam aktiviti membaca dan sekaligus memberi kesan bukan sahaja dalam pertuturan malah dalam perbendaharaan kata. Masalah ini telah menjejaskan prestasi dalam bidang kurikulum di sekolah. Sumber : http://www.nichd.nih.gov/research/supported/nrp.cfm
-Sampel Kajian / Setting Kajian-
1. 29 pelajar (Second Grade) 2. Kajian ini dijalankan selama lima hari (Isnin - Jumaat)
-Prosedur Kajian-
1. menggunakan kaedah teater dalam proses P&P. 2. penerangan guru dijalankan selama 20-25 minit. (Isnin) 3. pelajar diarah membaca selama 30 minit secara individu. (Selasa -khamis) 4. aktiviti pembacaan interaktif dijalankan oleh pelajar 5-15 minit. (Jumaat)
-Pengumpulan Data / Analisis Data-
Penulis menggunakan Pembacaan teater yang merangkumi pembacaan secara demonstrasi, pembacaan perkongsian, pembacaan individu dan pembelajaran perkataan (Tomkins, 2003). Kesemua sampel terlibat selama seminggu dalam Pembacaan Teater. Penulis menggunakan daerah dan negeri untuk mengukur tahap pembacaan setiap pelajar. Penilaian dijalankan berdasarkan kepada pembacaan individu melalui pembacaan perkataan dan perbendaraan kata dengan tepat. Penulis juga menggunakan Texas Primary Reading Inventory, iaitu sebuah sistem yang dibangunkan untuk mengukur kadar membaca. Pelajar diberikan pra-ujian dan post-ujian dan semua data dikumpulkan dalam sistem TPRI. Sumber : http://www.tpri.org/
-Dapatan Kajian-
Hasil kajian menunjukkan peningkatan pencapaian daripada pelajar sepanjang program ini dijalankan. Pengenalan kepada perkataan (word recognition) sangat baik di awal kajian dan kekal sepanjang program dengan sedikit peningkatan pada akhir tahun. Pelajar memulakan pembacaan dengan pencapaian sekitar 62.7 perkataan yang disebut betul dalam seminit. Di akhir program, hasil kajian menunjukkan peningkatan sebanyak 64.9 perkataan menjadikan sebanyak 127.6 perkataan yang disebut betul selama seminit.
-Apa yang dipelajari-
Jurnal menerangkan penggunaan Pembacaan Teater sebagai satu alternatif dalam menggalakkan peningkatan dalam budaya membaca. Pembacaan teater merangkumi semua aspek pembacaan bermula dari pengenalan perkataan, sebutan, intonasi pembacaan dan seterusnya penyampaian semasa membaca. Di sini penulis menekankan elemen-elemen yang perlu diperbaiki dan hasilnya amat memberangsangkan dengan hasil kajian yang menunjukkan peningkatan dalam kadar membaca pelajar. Penulis menggunakan kaedah ini sebagai penambahbaikan prestasi membaca di kalangan pelajar kanak-kanak.
- Data Analisis -
Kuantitatif 1.Pengkaji menggunakan jadual/carta dalam menyampaikan analisis data. 2.Analisis dijalankan berdasarkan kepada a) Word recognition Accuracy b) Rate/Automaticity (WCPM) (Berapa banyak perkataan yang disebut betul) c) Prosody (4 = max) (keupayaan membaca dengan perasaan yang membawa maksud) d) DRA Level (reading comprehension)
Kualitatif 1. Pengkaji menjalankan kaedah Pemerhatian dengan melihat persembahan responden dan membuat analisis dari segi perubahan tingakah laku dalam aspek pembacaan.
Journal 2 Using a Visual Tool to Increase Adjectives in the Written Language of Students Who Are Deaf or Hard of Hearing Susan R. Easterbrooks Melody Stoner
Kajian ini menunjukkan sejauh mana penggunakan alat visual meningkatkan adjektif dalam penulisan bahasa bagi pelajar pekak atau pelajar masalah pendengaran. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai penggunaaan alt visual kepada pelajar masalah pendengatan dalam penulisan berdasarkan kepada gambar yang telah disediakan. 3 pelajar yang mengalami masalah pendengaran diajar bagaimana untuk menulis maklumbalas dalam senarai soalan menggunakan alat visual dan dibantu melalui kaedah model, perkongsian dan percubaan.
-Pernyataan Masalah-
Masalah yang timbul adalah pencapaian pelajar masalah pendengaran khususnya dalam bidang penulisan bahasa amat lemah disebabkan ketidakupayaan untuk memahami maksud yang disampaikan oleh guru. Pelajar dengan masalah pendengaran biasanya menghadapi masalah dalam penulisan kerana ia memerlukan pemikiran kognitif yang tinggi dalam sesuatu penulisan. Memandangkan pelajar sukar membayangkan maksud dalam penulisan, ia menyukarkan pelajar ini membina pengetahuan dan seterusnya membuat kesilapan dalam penulisan.
- Sampel Kajian / Setting Kajian -
3 orang pelajar masalah pendengaran yang terdiri daripada 2 orang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan.
-Prosedur Kajian-
Kajian dilaksanakan berdasarkan kepada kriteria-kriteria berikut: a) Design - Prosedur percubaan secara eksperimental dilaksanakan dalam kelas pelajar biasa. Setting kajian dalam kelas ini adalah senyap dan bebas dari gangguan dan lengkap dengan meja dan kerusi untuk setiap sampel dan penyelidik. Prosedur ini dijalankan selama 30 minit atau kurang dalam sehari. Prosedur ini dijalankan secara invidivu semasa kelas penulisan dalam bilik darjah. Pembolehubah yang dikekalkan adalah penggunaan visual (Visual tool) dalam bilik darjah manakala pembolehubah yang tidak dikekalkan adalah jumlah adjektif dalam bahan penulisan yang telah disediakan.
b) Baseline - Data dikumpulkan pada setiap sampel sebelum prosedur dijalankan. Pelajar diminta untuk menulis sebuah perenggan secara umum berdasarkan kepada sebuah gambar. Data diambil sehingga jumlah adjektif yang dikenalpasti mencukupi.
c) Instruction - Arahan Pertama diberikan iaitu arahan yang dijalankan selama seminggu iaitu Modelling (1 hari), Shared (3 hari), dan Guided (1 hari) dengan bantuan alat visual dan senarai soalan. dimana guru membantu sampel untuk menulis perenggan berdasarkan gambar yang disediakan. Arahan Kedua diberikan iaitu arahan dimana sampel dan guru bersama-sama menyelesaikan tugasan dengan menulis perenggan berdasarkan gambar yang sama. Arahan ketiga dijalankan dimana sampel dan guru menulis perenggan dengan bantuan alat visual dan senarai soalan berdasarkan kepada gambar yang baru. Arahan terakhir adalah guru membantu sampel menulis perenggan dengan bantuan alat visual dan senarai soalan berdasarkan dua gambar yang belum dilihat.
d) Visual Tool - Alat visual yang digunakan adalah sekeping kertas dengan 5 set dengan 2 baris ke bawah sebelah kiri dan 5 bulatan dalam satu baris setiap set. Guru membuat demonstrasi kepada sampel sebanyak dua kali. Guru melihat dua gambar berbeza dan menyenaraikan 5 kata am berdasarkan kepada gambar dan menulis pada sebelah kiri helaian dan menggunakan senarai soalan seperti (Berapa banyak?, Apa yang dirasai?, Apa jenis?, Berapa lama?, Apa saiz?, Warna apa?, Rupa bentuk apa?) untuk menerangkan setiap kelima-lima kata am yang disenaraikan tadi. Guru menulis 5 perkataan kata am pada 5 bulatan yang disediakan.
e) Data Analysis - Kesemua penulisan yang dilaksanakan oleh sampel dikutip. Penyelidik menjalankan pengiraan secara manual jumlah adjektif dan perbezaan jumlah dikenalpasti. Sebaik sahaja jumlah adjektif dikenalpasti, numerik data diplotkan.
f) Interrater Reliability - Khidmat Pembantu Penyelidik digunakan dengan kemahiran pemarkahan soalan untuk memastikan kebolehpercayaan (reliability) dalam setiap adjektif yang dikenalpasti dicapai antara penyelidik dan pembantu penyelidik. Penyelidik dan pembantu penyelidik menjalankan permarkahan secara berasingan dan perbincangan tentang jumlah adjektif setiap sampel dijalankan untuk mengenalpasti perbezaan jumlah menggunakan sistem point-by-point. Di akhir perbincangan menunjukkan 6 adjektif dengan satu perkataan yang bercanggah, 1 adjektif dengan dua perkataan yang bercanggah dan 3 adjektif dengan empat perkataan yang bercanggah. Semua perbezaan ini adalah hasil perbincangan dan persetujuan bersama berdasarkan kepada penggunaan perkataan dan maksud serta rujukan kamus.
g) Intrarater Reliability - Khidmat pemarkahan kedua dilaksanakan oleh seseorang yang tidak terlibat dalam kajian ini dan tiada percanggahan dikenalpasti.
-Pengumpulan Data / Analisis Data-
Kesemua penulisan yang dilaksanakan oleh sampel dikutip. Penyelidik menjalankan pengiraan secara manual jumlah adjektif dan perbezaan jumlah dikenalpasti. Sebaik sahaja jumlah adjektif dikenalpasti, numerik data diplotkan.
-Dapatan Kajian-
Kajian menunjukkan peningkatan dalam penulisan berdasarkan jumlah adjektif yang disenaraikan oleh sampel. Ini dibuktikan berdasarkan jumlah adjektif dalam setiap bahagian pada alat visual. Ketiga-tiga sampel menunjukkan kesan dan pengaruh alat visual dalam meningkatkan prestasi penulisan pelajar masalah pendengaran.
-Apa yang dipelajari-
Apa yang dapat saya pelajari hasil daripada kajian tindakan ini ialah penyelidik menggunakan kaedah alat visual untuk menentukan prestasi pelajar. Alat visual membantu pelajar khususnya dalam masalah pendengaran berasaskan gambar. Pelajar membina pengetahuan dengan gambar dan membina pengetahuan berdasarkan apa yang dilihat dalam gambar tersebut. Alat visual membantu pelajar berfikir dan pencetusan idea berlaku secara tidak langsung. Pada pendapat saya, pengajaran pelajar masalah pendengaran perlu menerapkan lebih banyak penggunaan alat visual kerana pelajar masalah pendengaran membina pengetahuan sendiri dengan melihat dan sekiranya bahan ini dapat ditingkat dan diperbaharui, sudah tentu memudahkan pelajar memahami tajuk dalam setiap matapelajaran dan seterusnya membantu meningkatkan prestasi pelajar khususnya dalam bidan penulisan yang pada masa ini mengalami masalah yang ketara.
- Data Analisis -
Kuantitatif 1.Pengkaji menggunakan jadual/carta dalam menyampaikan analisis data di akhir kajian.
Kualitatif 1. Pengkaji menjalankan pemerhatian secara berperingkat:
Peringkat 1 : Asas (Baseline) Peringkat 2 : Model Penulisan (Modeled Writing) Peringkat 3 : Shared Writing Peringkat 4 : Guided Writing with 2 Fades Peringkat 5 : Guided Writing with 4 Fades
Journal 3 Enhancing Teachers' Incorporation of ICT in Classroom Teaching Kin Ping LEUNG James J. WATTERS Ian S. GINNS
-Pernyataan Masalah-
Pendedahan guru dalam kemahiran ICT adalah penting untuk memastikan pembelajaran dan pengajaran yang berasaskan teknologi maklumat dapat dicapai. Sehubungan dengan itu, keperluan ICT dalam pendidikan sangat jelas kerana hampir semua negara mengamalkan proses P&P yang menggunakan ICT. Walaubagaimanapun, penerapan budaya ICT di kalangan guru masih kurang dan penulis telah bekerja keras untuk membantu memberikan pendedahan dalam pengajaran ICT kepada guru di dalam bilik darjah. Jurnal ini membincangkan sejauh mana penulis mengkaji usaha-usaha guru dalam mengintegrasikan budaya ICT di dalam proses P&P guru di bilik darjah.
- Sampel Kajian / Setting Kajian -
Guru-guru Sekolah Menengah Philanthropy yang terdiri daripada 40 orang guru yang terletak di kawasan kediaman kos rendah di Semenanjung Kowloon, Hong Kong.
-Prosedur Kajian-
Terdapat dua alat pengukuran yang digunakan dalam kajian ini.
a) Pengukuran pertama Pengukuran menggunakan soal selidik yang dipanggail Chinese Information Technology Integration in Teaching Efficacy Beliefs Instrument (CITITEBI).
b) Pengukuran kedua Pengukuran ini adalah jadual wakut yang telah diubahsuai untuk setiap guru di mana guru tersebut didokumentasikan mengikut kekerapan penglibatan beliau dalam pelbagai strategi ICT dalam pengajaran. Terdapat juga selang masa untuk guru merekodkan masalah yang dihadapi semasa menggunakan ICT di bilik darjah dan penyelesaian untuk memperbaiki situasi tersebut.
-Pengumpulan Data / Analisis Data-
Pengumpulan data dijalankan berdasarkan kepada statistik, pengukuran secara berulangan ANOVA, "t-test pairwise comparison" dan kiraan yang digunakan dalam analisis survey dan data jadual waktu yang diubahsuai.
-Dapatan Kajian-
Dapatan kajian menunjukkan guru perlu mendalami kandungan dalam sesuatu masa yang ditetapkan supaya mereka dapat menyediakan pelajar untuk peperiksaan. Infrastruktur yang lemah dan kekangan ruang dan peralatan serta sumber menjadi jurang untuk menghalang guru daripada menggunakan ICT dalam pengajaran secara efektif.
-Apa yang dipelajari-
Apa yang dapat saya pelajari melalui kajian ini adalah penulis berusaha menekankan pendedahan ICT dalam proses P&P di dalam bilik darjah. Adalah diingatka pendekatan ICT merupakan teknologi sedia ada yang mampu dijadikan bahan yang efektif dalam pengajaran. Walaubagaimanapun, kurangnya pendedahan kepada teknologi ICT menyebabkan kesulitan dalam menyampaikan pengajaran berkesan.
TUGASAN 1 : Buku : Practitioner Research for Teachers, Dr. Diana M. Burton
Maksud Kajian Tindakan
Kajian Tindakan menurut penulis adalah suatu penyelidikan mengenai sesuatu situasi yang praktikal yang dijalankan oleh pengkaji untuk menyelesaikan masalah yang dikenalpasti dan melaksanakan penambahbaikan terhadap masalah yang dihadapi. Penulis turut menambah kajian tindakan juga adalah suatu proses yang berterusan dan dilaksanakan secara berperingkat dalam suatu kitaran.
Penulis juga mengatakan peranan kajian tindakan di sekolah adalah suatu proses penyelidikan secara berterusan untuk memperbaiki mutu kualiti di sekolah mahupun dalam bilik darjah. Kajian ini dilaksanakan oleh guru dan guru bertanggungjawab membuat penilaian berdasarkan kepada data yang diperolehi untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan memperbaiki kelemahan yang wujud.
Kenyataan beliau turut disokong oleh seorang penulis, Andrew P. Johnson, 2005 dalam buku terbitan beliau "A Short Guide to Action Research" yang menyokong pendapat penulis bahawa kajian tindakan di sekolah adalah suatu proses pembelajaran untuk memahami situasi sebenar di sekolah dan bilik darjah dan memperbaiki mutu kualiti di atas perlaksanaan tadi di sekolah.
A Short Guide to Action Research by Andrew P. Johnson
Berdasarkan kepada beberapa pendapat:
• Guru dan pengetua yang bekerja bersama dengan lebih berkesan dalam setiap masalah yang diketahui. • Guru dan pengetua lebih efektif apabila digalakkan untuk menyelidik dan menilai kerja mereka dan memikirkan cara yang terbaik dan langkah penyelesaian. • Guru dan pengetua membantu antara sesama secara kolaboratif. • Bekerja dalam kumpulan membantu guru dan pengetua dalam perkembangan kemahiran profesional.
Prosedur Kajian
Peringkat Pertama : Pembinaan Projek kajian - Penulis menjelaskan seorang pengkaji perlu membuat persiapan dari segi pembinaan projek kajian. Persiapan perlu dilakukan terlebih dahulu agar perlaksanaan kajian dijalankan dengan berkesan. - Pengkaji perlu membina struktur pelan untuk mengenalpasti masalah yang dikaji.
Peringkat Kedua : Persoalan Kajian - Persoalan kajian digunakan untuk mengurangkan skop kajian yang ingin dikaji. - Memberi kelebihan pengkaji untuk memberi perhatian dalam kajian tersebut. - Mengelakkan daripada pengkaji lari dari matlamat dan objektif kajian.
Peringkat Ketiga : Jangka Masa Kajian - Kepentingan untuk memastikan perlaksanaan mengikut perancangan dan masa yang telah ditetapkan. - Dapat mengenalpasti turutan yang perlu dilaksanakan secara berperingkat. - Memberi masa kepada pengkaji memberi perhatian dalam sesuatu bahagian dalam kajian.
Peringkat Keempat : Penilaian Kurikulum - penulis menggalakkan seorang pengkaji untuk membuat penilaian terhadap perlaksanaan kajian. - memberi pengetahuan kepada pengkaji sejauh mana perlaksanaan itu berkesan. - dapat mengenalpasti kelemahan perlaksanaan dan memperbaiki kelemahan tersebut.
Peringkat Kelima : Rangkaian Pengkaji - penulis berpendapat, kajian yang dijalankan boleh dijadikan sumber kepada pengkaji yang lain. - keperluan pengkaji sendiri untuk berkongsi pendekatan dengan pengkaji yang lain. - penulis mencadankan pengkaji perlu membuat rangkaian atau hubungan dengan pengkaji yang lain untuk mendapatkan maklumbalas serta penambahbaikan jika ada. - rangkaian ini memastikan pengkaji dapat menyusun dan perancangan bersama, berkongsi pandangan dan pendapat, dan berupaya membuat perbincangan dalam setiap peringkat dalam proses kajian. - penulis menerangkan kepentingan rangkaian ini sebagai fasa perkembangan dalam projek kajian dan kemahiran penyelidikan pada guru.
MENINGKATKAN MINAT PELAJAR TERHADAP SIRAH DAN TAMADUN ISLAM DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM MELALUI PENDEKATAN TAYANGAN VIDEO
ASSARAH BINTI AHMAD SUKI P48590 NURULHUDA BINTI RAHIM P48613 NURUL HAFIZA BINTI SOHAIMI P49004
1) PERNYATAAN MASALAH
Masalah yang berlaku semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di dalam kelas biasanya berlaku disebabkan oleh kekurangan alat bantu mengajar yang terhad dan kurangnya kreativiti dalam pengajaran yang tidak dikembangkan sepenuhnya. Dalam memastikan teknik pengajaran yang berkesan, guru perlu menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dan merancang bagaimana untuk menjalankan proses P&P ini. Kajian oleh guru adalah digalakkan untuk meluaskan pengetahuan guru mengenai kaedah pengajaran yang digunapakai sehingga ke hari ini. Kaedah ini bukan sahaja diaplikasi serta merta tetapi guru seharusnya bertindak sebagai agen dalam menambahbaik kaedah yang sedia ada dengan kreativiti masing-masing dan keperluan semasa dalam pengajaran. Ini adalah untuk menghasilkan kaedah yang berkualiti, dinamik, berstruktur dan berkesan dalam mencapai matlamat P&P.
2) METODOLOGI KAJIAN
Metodologi Metodologi kajian yang dijalankan dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama adalah Perancangan, peringkat kedua adalah Perlaksanaan dan Pemerhatian dan peringkat ketiga adalah Penilaian dan Refleksi. Peringkat yang pertama adalah perancangan aktiviti P&P melalui Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Pembentang menggunakan RPH semasa membuat perancangan aktiviti P&P. Peringkat yang kedua adalah Perlaksanaan dan Pemerhatian melalui sesi pengajaran dan pemerhatian guru. Dalam sesi pengajaran yang dijalankan, pembentang menggunakan tayangan video, perbincangan dan pembentangan semasa mengajar. Dalam pemerhatian guru, pembentang melihat kepada reaksi dan tingkahlaku pelajar, melalui rakaman video dan respon rakan pengkaji. Peringkat yang terakhir adalah Penilaian dan Refleksi adalah melalui analisis data seperti pemerhatian guru, rakaman video dan temubual pelajar.
3) PENGUMPULAN DAN PENGANALISAN KAJIAN DATA
Pengumpulan Data Pengumpulan data dijalankan dalam tiga bentuk iaitu:- a) Pemerhatian Guru – dijalankan oleh guru semasa aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung. b) Rakaman Video – dijalankan oleh guru semasa aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung. c) Temubual – dijalankan oleh guru dan pelajar semasa aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung.
Penganalisaan Data Penganalisaan data dijalankan dalam tiga bentuk iaitu:- a) Pemerhatian Guru – dijalankan oleh guru semasa aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung. b) Rakaman Video – dijalankan oleh guru semasa aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung. c) Temubual – dijalankan oleh guru dan pelajar semasa aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung.
4) IMPLIKASI KAJIAN
Hasil kajian menunjukkan pelajar melihat keadah rakaman video sebagai sesuatu yang menarik. Ini adalah kerana kaedah guru sebelum ini menggunakan pendekatan klasik iaitu pengajarang yang berbentuk lisan dan menggunakan ilmiah semata-mata. Kaedah pengajaran perlu dipelbagaikan untuk melihat sejauh mana pelajar dapat berinteraksi dengan kaedah pengajaran guru. Melalui kaedah rakaman video, kebanyakan pelajar teruja dan menunjukkan semangat yang tinggi semasa menonton tayangan video. Ekoran daripada kaedah ini juga, pelajar menunjukkan tahap keaktifan yang tinggi terutamanya semasa hasil pembentangan tugasan dalam Pendidikan Islam. Pelajar juga menunjukkan peningkatan dari segi memberi rumusan dan pendapat. Melalui kaedah ini juga telah membantu pelajar berkomunikasi dengan baik. Ini adalah kerana suasana yang menggalakkan pembelajaran menyebabkan pelajar mula mencetuskan idea dan seterusnya banyak berkomunikasi.
5) APA YANG DIPELAJARI DARI KAJIAN TERSEBUT.
Apa yang dapat dipelajari daripada kajian ini adalah kaedah rakaman video adalah satu kaedah yang berkesan sebagai kaedah pembelajaran dalam semua matapelajaran. Tayangan video bukan sahaja membantu guru menerangkan isi pembelajaran malah memberi cetusan idea kepada pelajar untuk berfikir. Melalui kajian yang dijalankan, pelajar lebih mengingati tayangan video kerana tayangan video adalah pembentangan yang bergerak. Ini menarik minat dan perhatian pelajar. Penggunaan visual dan audio yang jelas juga turut memberi kesan positif dalam pengajaran. Walaubagaimanapun, rakaman video ini perlu dipantau dan disunting bahan pengajaran agar tidak lari dari matlamat P&P dan seterusnya membuatkan pelajar bosan. Kaedah ini amat sesuai untuk menerangkan matapelajaran Pendidikan Islam di mana kebanyakan isi pengajaran memerlukan ulasan yang terperincih dan tepat. Penggunaan video sememangnya sesuai untuk mengajar matapelajaran ini.
Name: CHRISTY JR TAN Home: Bangi, Selangor, Malaysia About Me: DPLI Student Majoring in Hearing Disabilities (Special Needs) Universiti Kebangsaan Malaysia. See my complete profile