Program Pendidikan Khas Integrasi Kolej Vokasional Keningau

Blog yang disediakan untuk memberi maklumat terkini tentang aktiviti yang dilaksanakan dan latarbelakang PPKI.

 
References
: Classroom Action Research
: Teacher Research
: Kajian Tindakan - Panduan Asas
: Action Research in Education
: Blog in Education by Scott Huette, 2006
: Half an Hour - Blogs in Education
Article Journal
: Implementing Readers Theatre

: Using a Visual Tool to Increase Adjectives

: Enhancing Teachers' Incorporation of ICT in Classroom Teaching
Course Structure
Book
Practitioner Research for Teachers

APPROVED
TUGASAN 1 : Buku : Practitioner Research for Teachers, Dr. Diana M. Burton
Friday, November 13, 2009


Maksud Kajian Tindakan

Kajian Tindakan menurut penulis adalah suatu penyelidikan mengenai sesuatu situasi yang praktikal yang dijalankan oleh pengkaji untuk menyelesaikan masalah yang dikenalpasti dan melaksanakan penambahbaikan terhadap masalah yang dihadapi. Penulis turut menambah kajian tindakan juga adalah suatu proses yang berterusan dan dilaksanakan secara berperingkat dalam suatu kitaran.

Penulis juga mengatakan peranan kajian tindakan di sekolah adalah suatu proses penyelidikan secara berterusan untuk memperbaiki mutu kualiti di sekolah mahupun dalam bilik darjah. Kajian ini dilaksanakan oleh guru dan guru bertanggungjawab membuat penilaian berdasarkan kepada data yang diperolehi untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan memperbaiki kelemahan yang wujud.

Kenyataan beliau turut disokong oleh seorang penulis, Andrew P. Johnson, 2005 dalam buku terbitan beliau "A Short Guide to Action Research" yang menyokong pendapat penulis bahawa kajian tindakan di sekolah adalah suatu proses pembelajaran untuk memahami situasi sebenar di sekolah dan bilik darjah dan memperbaiki mutu kualiti di atas perlaksanaan tadi di sekolah.


A Short Guide to Action Research by Andrew P. Johnson


Berdasarkan kepada beberapa pendapat:

• Guru dan pengetua yang bekerja bersama dengan lebih berkesan dalam setiap masalah yang diketahui.
• Guru dan pengetua lebih efektif apabila digalakkan untuk menyelidik dan menilai kerja mereka dan memikirkan cara yang terbaik dan langkah penyelesaian.
• Guru dan pengetua membantu antara sesama secara kolaboratif.
• Bekerja dalam kumpulan membantu guru dan pengetua dalam perkembangan kemahiran profesional.

Prosedur Kajian

Peringkat Pertama : Pembinaan Projek kajian
- Penulis menjelaskan seorang pengkaji perlu membuat persiapan dari segi pembinaan projek kajian. Persiapan perlu dilakukan terlebih dahulu agar perlaksanaan kajian dijalankan dengan berkesan.
- Pengkaji perlu membina struktur pelan untuk mengenalpasti masalah yang dikaji.

Peringkat Kedua : Persoalan Kajian
- Persoalan kajian digunakan untuk mengurangkan skop kajian yang ingin dikaji.
- Memberi kelebihan pengkaji untuk memberi perhatian dalam kajian tersebut.
- Mengelakkan daripada pengkaji lari dari matlamat dan objektif kajian.

Peringkat Ketiga : Jangka Masa Kajian
- Kepentingan untuk memastikan perlaksanaan mengikut perancangan dan masa yang telah ditetapkan.
- Dapat mengenalpasti turutan yang perlu dilaksanakan secara berperingkat.
- Memberi masa kepada pengkaji memberi perhatian dalam sesuatu bahagian dalam kajian.

Peringkat Keempat : Penilaian Kurikulum
- penulis menggalakkan seorang pengkaji untuk membuat penilaian terhadap perlaksanaan kajian.
- memberi pengetahuan kepada pengkaji sejauh mana perlaksanaan itu berkesan.
- dapat mengenalpasti kelemahan perlaksanaan dan memperbaiki kelemahan tersebut.

Peringkat Kelima : Rangkaian Pengkaji
- penulis berpendapat, kajian yang dijalankan boleh dijadikan sumber kepada pengkaji yang lain.
- keperluan pengkaji sendiri untuk berkongsi pendekatan dengan pengkaji yang lain.
- penulis mencadankan pengkaji perlu membuat rangkaian atau hubungan dengan pengkaji yang lain untuk mendapatkan maklumbalas serta penambahbaikan jika ada.
- rangkaian ini memastikan pengkaji dapat menyusun dan perancangan bersama, berkongsi pandangan dan pendapat, dan berupaya membuat perbincangan dalam setiap peringkat dalam proses kajian.
- penulis menerangkan kepentingan rangkaian ini sebagai fasa perkembangan dalam projek kajian dan kemahiran penyelidikan pada guru.
posted by CHRISTY JR TAN @ 6:20 PM  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 
About Me

Name: CHRISTY JR TAN
Home: Bangi, Selangor, Malaysia
About Me: DPLI Student Majoring in Hearing Disabilities (Special Needs) Universiti Kebangsaan Malaysia.
See my complete profile

click for free hit counter
Get a free hit counter here.
Previous Post
Archives
My Blog List
Music

© 2005 Program Pendidikan Khas Integrasi Kolej Vokasional Keningau Blogger Templates by Isnaini and Cool Cars Pictures