MENINGKATKAN MINAT PELAJAR TERHADAP SIRAH DAN TAMADUN ISLAM DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM MELALUI PENDEKATAN TAYANGAN VIDEO
ASSARAH BINTI AHMAD SUKI P48590 NURULHUDA BINTI RAHIM P48613 NURUL HAFIZA BINTI SOHAIMI P49004
1) PERNYATAAN MASALAH
Masalah yang berlaku semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di dalam kelas biasanya berlaku disebabkan oleh kekurangan alat bantu mengajar yang terhad dan kurangnya kreativiti dalam pengajaran yang tidak dikembangkan sepenuhnya. Dalam memastikan teknik pengajaran yang berkesan, guru perlu menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dan merancang bagaimana untuk menjalankan proses P&P ini. Kajian oleh guru adalah digalakkan untuk meluaskan pengetahuan guru mengenai kaedah pengajaran yang digunapakai sehingga ke hari ini. Kaedah ini bukan sahaja diaplikasi serta merta tetapi guru seharusnya bertindak sebagai agen dalam menambahbaik kaedah yang sedia ada dengan kreativiti masing-masing dan keperluan semasa dalam pengajaran. Ini adalah untuk menghasilkan kaedah yang berkualiti, dinamik, berstruktur dan berkesan dalam mencapai matlamat P&P.
2) METODOLOGI KAJIAN
Metodologi Metodologi kajian yang dijalankan dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama adalah Perancangan, peringkat kedua adalah Perlaksanaan dan Pemerhatian dan peringkat ketiga adalah Penilaian dan Refleksi. Peringkat yang pertama adalah perancangan aktiviti P&P melalui Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Pembentang menggunakan RPH semasa membuat perancangan aktiviti P&P. Peringkat yang kedua adalah Perlaksanaan dan Pemerhatian melalui sesi pengajaran dan pemerhatian guru. Dalam sesi pengajaran yang dijalankan, pembentang menggunakan tayangan video, perbincangan dan pembentangan semasa mengajar. Dalam pemerhatian guru, pembentang melihat kepada reaksi dan tingkahlaku pelajar, melalui rakaman video dan respon rakan pengkaji. Peringkat yang terakhir adalah Penilaian dan Refleksi adalah melalui analisis data seperti pemerhatian guru, rakaman video dan temubual pelajar.
3) PENGUMPULAN DAN PENGANALISAN KAJIAN DATA
Pengumpulan Data Pengumpulan data dijalankan dalam tiga bentuk iaitu:- a) Pemerhatian Guru – dijalankan oleh guru semasa aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung. b) Rakaman Video – dijalankan oleh guru semasa aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung. c) Temubual – dijalankan oleh guru dan pelajar semasa aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung.
Penganalisaan Data Penganalisaan data dijalankan dalam tiga bentuk iaitu:- a) Pemerhatian Guru – dijalankan oleh guru semasa aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung. b) Rakaman Video – dijalankan oleh guru semasa aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung. c) Temubual – dijalankan oleh guru dan pelajar semasa aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung.
4) IMPLIKASI KAJIAN
Hasil kajian menunjukkan pelajar melihat keadah rakaman video sebagai sesuatu yang menarik. Ini adalah kerana kaedah guru sebelum ini menggunakan pendekatan klasik iaitu pengajarang yang berbentuk lisan dan menggunakan ilmiah semata-mata. Kaedah pengajaran perlu dipelbagaikan untuk melihat sejauh mana pelajar dapat berinteraksi dengan kaedah pengajaran guru. Melalui kaedah rakaman video, kebanyakan pelajar teruja dan menunjukkan semangat yang tinggi semasa menonton tayangan video. Ekoran daripada kaedah ini juga, pelajar menunjukkan tahap keaktifan yang tinggi terutamanya semasa hasil pembentangan tugasan dalam Pendidikan Islam. Pelajar juga menunjukkan peningkatan dari segi memberi rumusan dan pendapat. Melalui kaedah ini juga telah membantu pelajar berkomunikasi dengan baik. Ini adalah kerana suasana yang menggalakkan pembelajaran menyebabkan pelajar mula mencetuskan idea dan seterusnya banyak berkomunikasi.
5) APA YANG DIPELAJARI DARI KAJIAN TERSEBUT.
Apa yang dapat dipelajari daripada kajian ini adalah kaedah rakaman video adalah satu kaedah yang berkesan sebagai kaedah pembelajaran dalam semua matapelajaran. Tayangan video bukan sahaja membantu guru menerangkan isi pembelajaran malah memberi cetusan idea kepada pelajar untuk berfikir. Melalui kajian yang dijalankan, pelajar lebih mengingati tayangan video kerana tayangan video adalah pembentangan yang bergerak. Ini menarik minat dan perhatian pelajar. Penggunaan visual dan audio yang jelas juga turut memberi kesan positif dalam pengajaran. Walaubagaimanapun, rakaman video ini perlu dipantau dan disunting bahan pengajaran agar tidak lari dari matlamat P&P dan seterusnya membuatkan pelajar bosan. Kaedah ini amat sesuai untuk menerangkan matapelajaran Pendidikan Islam di mana kebanyakan isi pengajaran memerlukan ulasan yang terperincih dan tepat. Penggunaan video sememangnya sesuai untuk mengajar matapelajaran ini.
Name: CHRISTY JR TAN Home: Bangi, Selangor, Malaysia About Me: DPLI Student Majoring in Hearing Disabilities (Special Needs) Universiti Kebangsaan Malaysia. See my complete profile
Post a Comment