Program Pendidikan Khas Integrasi Kolej Vokasional Keningau

Blog yang disediakan untuk memberi maklumat terkini tentang aktiviti yang dilaksanakan dan latarbelakang PPKI.

 
References
: Classroom Action Research
: Teacher Research
: Kajian Tindakan - Panduan Asas
: Action Research in Education
: Blog in Education by Scott Huette, 2006
: Half an Hour - Blogs in Education
Article Journal
: Implementing Readers Theatre

: Using a Visual Tool to Increase Adjectives

: Enhancing Teachers' Incorporation of ICT in Classroom Teaching
Course Structure
Book
Practitioner Research for Teachers

APPROVED
TUGASAN 3 : LAPORAN PEMBENTANGAN KOLOKIUM SENIOR (PEMBENTANGAN 1)
Thursday, October 29, 2009
KAJIAN TINDAKAN 1



Aisyatulasyiqah




MENINGKATKAN MINAT PELAJAR DALAM SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM BAHAGIAN IBADAH MELALUI KAEDAH SIMULASI


AISYATULASYIQAH BT MOHAMED P48594



1) PERNYATAAN MASALAH

Masalah yang dihadapi oleh sesetengah pelajar adalah kaedah yang digunakan oleh guru tidak berkesan untuk mempelajari Pendidikan Islam. Dalam memastikan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang berkesan, kaedah yang sesuai perlu digunakan untuk memahami tajuk khususnya dalam matapelajaran Pendidikan Islam. Kelemahan yang berlaku ialah guru hanya menekankan kaedah pembelajaran yang berpusatkan guru. Ini banyak berlaku kerana matapelajaran Pendidikan Islam kebanyakannya berbentuk ilmiah. Peranan guru amat penting dalam perancangan pengajaran dan sentiasa peka terhadap kaedah baru dalam pengajaran melalui kajian dan membudayakan kreativiti semasa mengajar. Ini adalah untuk memastikan matlamat dan objektif proses P&P tercapai.

2) METODOLOGI KAJIAN

Metodologi
Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada Model Kemmis & McTaggart (1983). Kajian ini menggunakan kaedah Simulasi sebagai kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Guru menerangkan dengan menunjukkan cara-cara menyucikan najis iaitu najis mukhaffah, najis mutawassitah dan najis mughallazah.
Selepas simulasi tersebut dijalankan, guru memberi peluang kepada pelajar untuk melaksanakan simulasi tersebut.
Sebagai aktiviti Pengayaan dan Pengukuhan, guru memberikan kuiz dalam bentuk soalan lisan. Kuiz-kuiz ini dimasukkan ke dalam kotak yang disediakan dan guru memilih secara rawak pelajar-pelajar tersebut. Pelajar yang dipilih akan mencabut soalan daripada kotak kuiz dan menjawabnya. Kuiz yang dicabut akan meminta pelajar untuk menjalankan simulasi yang telah dijalankan oleh guru.

Setting Kajian
Kajian ini dijalankan di dalam dan luar sesi pembelajaran. Tempoh kajian yang dilaksanakan adalah selama dua minggu. Setiap minggu guru akan mengadakan dua sesi perjumpaan dengan pelajar. Setiap sesi perjumpaan ini mengambil masa selama satu jam.

Sampel Kajian
Sampel kajian yang digunakan ialah pelajar dengan markah pencapaian yang tinggi dalam matapelajaran Pendidikan Islam seramai dua puluh sembilan orang dari Tingkatan Satu Marikh.

3) PENGUMPULAN DAN PENGANALISAN KAJIAN DATA

Pengumpulan Data
Pengumpulan data dijalankan dalam tiga bentuk iaitu:-
a) Pemerhatian – dijalankan oleh guru semasa aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung.
b) Temubual – dialog antara pelajar dengan guru dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan.
c) Kualitatif – diperolehi dalam dua bentuk iaitu kaedah soal jawab dan kuiz lisan.

Penganalisaan Data
Penganalisaan data dijalankan dalam tiga bentuk iaitu:-
a) Pemerhatian
Analisis data dijalankan semasa kitaran 1 dan kitaran 2 berlangsung.
b) Temubual
Analisis data dijalankan semasa kitaran 1 dan kitaran 2 berlangsung.
c) Kualitatif
Sesi soal jawab secara lisan di dalam kelas dicatat.
Data yang diperolehi semasa soal jawab dianalisis secara manual.

4) IMPLIKASI KAJIAN

Hasil kajian menunjukkan pelajar melihat keadah simulasi ini sangat menyeronokkan dan menarik minat mereka untuk lebih menguasai matapelajaran Pendidikan Islam. Pelajar juga mudah memahami isi pengajaran kerana pengajaran yang berasaskan kaedah simulasi membantu pelajar mengingat dengan berkesan kerana proses pemikiran secara visual ditekankan dalam kajian ini. Kaedah simulasi seakan sama dengan kaedah gambar tetapi kaedah ini lebih bersesuaian kerana pelajar itu sendiri menjalankan simulasi dan mendapat pengetahuan melalui keadah ini.

5) APA YANG DIPELAJARI DARI KAJIAN TERSEBUT.

Kajian ini menunjukkan antara salah satu kaedah yang berkesan dalam proses P&P. Guru menetapkan masa perjumpaan dengan pelajar dan merancang proses pembelajaran pelajar. Guru membina kuiz untuk aktiviti pengayaan dan meminta pelajar untuk membuat simulasi berdasarkan soalan kuiz. Secara keseluruhannya, kaedah ini amat mudah dijalankan dalam setiap pengajaran walaupun berbentuk teori ataupun amali. Ia bergantung sejauh mana guru merancang pengajaran yang bersesuaian dengan matapelajaran yang di ajar.

6) CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN.

Walaubagaimanapun, keadah pengajaran yang mengunakan kaedah simulasi ini perlu diperbaiki lagi dengan pembahagian kumpulan. Guru perlu menerapkan proses P&P yang berasaskan pelajar iaitu pelajar yang akan mengawal proses P&P manakala guru berperanan sebagai fasilitator di dalam kelas.
Pembahagian kumpulan diperkenalkan untuk memudahkan guru mengawal keadaan kelas dan ini juga membantu guru semasa membuat penilaian dalam skop yang lebih kecil. Sebaik-baiknya kaedah simulasi ini dijalankan dalam kumpulan kecil antara 4 atau 5 buah kumpulan. Setiap kumpulan diberikan peralatan sekiranya ada untuk digunapakai sepanjang simulasi ini dijalankan. Kreativiti guru sendiri memainkan peranan penting untuk mengasah pemikiran pelajar untuk menyatakan pendapat, idea atau persoalan semasa proses P&P.
posted by CHRISTY JR TAN @ 9:50 PM  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 
About Me

Name: CHRISTY JR TAN
Home: Bangi, Selangor, Malaysia
About Me: DPLI Student Majoring in Hearing Disabilities (Special Needs) Universiti Kebangsaan Malaysia.
See my complete profile

click for free hit counter
Get a free hit counter here.
Previous Post
Archives
My Blog List
Music

© 2005 Program Pendidikan Khas Integrasi Kolej Vokasional Keningau Blogger Templates by Isnaini and Cool Cars Pictures