Penulis menggunakan Pembacaan teater yang merangkumi pembacaan secara demonstrasi, pembacaan perkongsian, pembacaan individu dan pembelajaran perkataan (Tomkins, 2003).
Kesemua sampel terlibat selama seminggu dalam Pembacaan Teater. Penulis menggunakan daerah dan negeri untuk mengukur tahap pembacaan setiap pelajar. Penilaian dijalankan berdasarkan kepada pembacaan individu melalui pembacaan perkataan dan perbendaraan kata dengan tepat. Penulis juga menggunakan Texas Primary Reading Inventory, iaitu sebuah sistem yang dibangunkan untuk mengukur kadar membaca. Pelajar diberikan pra-ujian dan post-ujian dan semua data dikumpulkan dalam sistem TPRI.
Sumber :
http://www.tpri.org/Hasil kajian menunjukkan peningkatan pencapaian daripada pelajar sepanjang program ini dijalankan. Pengenalan kepada perkataan (word recognition) sangat baik di awal kajian dan kekal sepanjang program dengan sedikit peningkatan pada akhir tahun. Pelajar memulakan pembacaan dengan pencapaian sekitar 62.7 perkataan yang disebut betul dalam seminit. Di akhir program, hasil kajian menunjukkan peningkatan sebanyak 64.9 perkataan menjadikan sebanyak 127.6 perkataan yang disebut betul selama seminit.
Jurnal menerangkan penggunaan Pembacaan Teater sebagai satu alternatif dalam menggalakkan peningkatan dalam budaya membaca. Pembacaan teater merangkumi semua aspek pembacaan bermula dari pengenalan perkataan, sebutan, intonasi pembacaan dan seterusnya penyampaian semasa membaca. Di sini penulis menekankan elemen-elemen yang perlu diperbaiki dan hasilnya amat memberangsangkan dengan hasil kajian yang menunjukkan peningkatan dalam kadar membaca pelajar. Penulis menggunakan kaedah ini sebagai penambahbaikan prestasi membaca di kalangan pelajar kanak-kanak.
- Data Analisis -Kuantitatif
1.Pengkaji menggunakan jadual/carta dalam menyampaikan analisis data.
2.Analisis dijalankan berdasarkan kepada
a) Word recognition Accuracy
b) Rate/Automaticity (WCPM) (Berapa banyak perkataan yang disebut betul)
c) Prosody (4 = max) (keupayaan membaca dengan perasaan yang membawa maksud)
d) DRA Level (reading comprehension)
Kualitatif
1. Pengkaji menjalankan kaedah Pemerhatian dengan melihat persembahan responden dan membuat analisis dari segi perubahan tingakah laku dalam aspek pembacaan.
Journal 2
Using a Visual Tool to Increase Adjectives in the Written Language of Students Who Are Deaf or Hard of Hearing
Susan R. Easterbrooks
Melody Stoner
Kajian ini menunjukkan sejauh mana penggunakan alat visual meningkatkan adjektif dalam penulisan bahasa bagi pelajar pekak atau pelajar masalah pendengaran. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai penggunaaan alt visual kepada pelajar masalah pendengatan dalam penulisan berdasarkan kepada gambar yang telah disediakan. 3 pelajar yang mengalami masalah pendengaran diajar bagaimana untuk menulis maklumbalas dalam senarai soalan menggunakan alat visual dan dibantu melalui kaedah model, perkongsian dan percubaan.
-Pernyataan Masalah-
Masalah yang timbul adalah pencapaian pelajar masalah pendengaran khususnya dalam bidang penulisan bahasa amat lemah disebabkan ketidakupayaan untuk memahami maksud yang disampaikan oleh guru. Pelajar dengan masalah pendengaran biasanya menghadapi masalah dalam penulisan kerana ia memerlukan pemikiran kognitif yang tinggi dalam sesuatu penulisan. Memandangkan pelajar sukar membayangkan maksud dalam penulisan, ia menyukarkan pelajar ini membina pengetahuan dan seterusnya membuat kesilapan dalam penulisan.
- Sampel Kajian / Setting Kajian -
3 orang pelajar masalah pendengaran yang terdiri daripada 2 orang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan.
-Prosedur Kajian-
Kajian dilaksanakan berdasarkan kepada kriteria-kriteria berikut:
a) Design
- Prosedur percubaan secara eksperimental dilaksanakan dalam kelas pelajar biasa. Setting kajian dalam kelas ini adalah senyap dan bebas dari gangguan dan lengkap dengan meja dan kerusi untuk setiap sampel dan penyelidik. Prosedur ini dijalankan selama 30 minit atau kurang dalam sehari. Prosedur ini dijalankan secara invidivu semasa kelas penulisan dalam bilik darjah. Pembolehubah yang dikekalkan adalah penggunaan visual (Visual tool) dalam bilik darjah manakala pembolehubah yang tidak dikekalkan adalah jumlah adjektif dalam bahan penulisan yang telah disediakan.
b) Baseline
- Data dikumpulkan pada setiap sampel sebelum prosedur dijalankan. Pelajar diminta untuk menulis sebuah perenggan secara umum berdasarkan kepada sebuah gambar. Data diambil sehingga jumlah adjektif yang dikenalpasti mencukupi.
c) Instruction
- Arahan Pertama diberikan iaitu arahan yang dijalankan selama seminggu iaitu
Modelling (1 hari),
Shared (3 hari), dan
Guided (1 hari) dengan bantuan alat visual dan senarai soalan. dimana guru membantu sampel untuk menulis perenggan berdasarkan gambar yang disediakan. Arahan Kedua diberikan iaitu arahan dimana sampel dan guru bersama-sama menyelesaikan tugasan dengan menulis perenggan berdasarkan gambar yang sama. Arahan ketiga dijalankan dimana sampel dan guru menulis perenggan dengan bantuan alat visual dan senarai soalan berdasarkan kepada gambar yang baru. Arahan terakhir adalah guru membantu sampel menulis perenggan dengan bantuan alat visual dan senarai soalan berdasarkan dua gambar yang belum dilihat.
d) Visual Tool
- Alat visual yang digunakan adalah sekeping kertas dengan 5 set dengan 2 baris ke bawah sebelah kiri dan 5 bulatan dalam satu baris setiap set. Guru membuat demonstrasi kepada sampel sebanyak dua kali. Guru melihat dua gambar berbeza dan menyenaraikan 5 kata am berdasarkan kepada gambar dan menulis pada sebelah kiri helaian dan menggunakan senarai soalan seperti (Berapa banyak?, Apa yang dirasai?, Apa jenis?, Berapa lama?, Apa saiz?, Warna apa?, Rupa bentuk apa?) untuk menerangkan setiap kelima-lima kata am yang disenaraikan tadi. Guru menulis 5 perkataan kata am pada 5 bulatan yang disediakan.
e) Data Analysis
- Kesemua penulisan yang dilaksanakan oleh sampel dikutip. Penyelidik menjalankan pengiraan secara manual jumlah adjektif dan perbezaan jumlah dikenalpasti. Sebaik sahaja jumlah adjektif dikenalpasti, numerik data diplotkan.
f) Interrater Reliability
- Khidmat Pembantu Penyelidik digunakan dengan kemahiran pemarkahan soalan untuk memastikan kebolehpercayaan (reliability) dalam setiap adjektif yang dikenalpasti dicapai antara penyelidik dan pembantu penyelidik. Penyelidik dan pembantu penyelidik menjalankan permarkahan secara berasingan dan perbincangan tentang jumlah adjektif setiap sampel dijalankan untuk mengenalpasti perbezaan jumlah menggunakan sistem point-by-point. Di akhir perbincangan menunjukkan 6 adjektif dengan satu perkataan yang bercanggah, 1 adjektif dengan dua perkataan yang bercanggah dan 3 adjektif dengan empat perkataan yang bercanggah. Semua perbezaan ini adalah hasil perbincangan dan persetujuan bersama berdasarkan kepada penggunaan perkataan dan maksud serta rujukan kamus.
g) Intrarater Reliability
- Khidmat pemarkahan kedua dilaksanakan oleh seseorang yang tidak terlibat dalam kajian ini dan tiada percanggahan dikenalpasti.
-Pengumpulan Data / Analisis Data-Kesemua penulisan yang dilaksanakan oleh sampel dikutip. Penyelidik menjalankan pengiraan secara manual jumlah adjektif dan perbezaan jumlah dikenalpasti. Sebaik sahaja jumlah adjektif dikenalpasti, numerik data diplotkan.
-Dapatan Kajian-
Kajian menunjukkan peningkatan dalam penulisan berdasarkan jumlah adjektif yang disenaraikan oleh sampel. Ini dibuktikan berdasarkan jumlah adjektif dalam setiap bahagian pada alat visual. Ketiga-tiga sampel menunjukkan kesan dan pengaruh alat visual dalam meningkatkan prestasi penulisan pelajar masalah pendengaran.
-Apa yang dipelajari-Apa yang dapat saya pelajari hasil daripada kajian tindakan ini ialah penyelidik menggunakan kaedah alat visual untuk menentukan prestasi pelajar. Alat visual membantu pelajar khususnya dalam masalah pendengaran berasaskan gambar. Pelajar membina pengetahuan dengan gambar dan membina pengetahuan berdasarkan apa yang dilihat dalam gambar tersebut. Alat visual membantu pelajar berfikir dan pencetusan idea berlaku secara tidak langsung. Pada pendapat saya, pengajaran pelajar masalah pendengaran perlu menerapkan lebih banyak penggunaan alat visual kerana pelajar masalah pendengaran membina pengetahuan sendiri dengan melihat dan sekiranya bahan ini dapat ditingkat dan diperbaharui, sudah tentu memudahkan pelajar memahami tajuk dalam setiap matapelajaran dan seterusnya membantu meningkatkan prestasi pelajar khususnya dalam bidan penulisan yang pada masa ini mengalami masalah yang ketara.
- Data Analisis -Kuantitatif
1.Pengkaji menggunakan jadual/carta dalam menyampaikan analisis data di akhir kajian.
Post a Comment