Program Pendidikan Khas Integrasi Kolej Vokasional Keningau

Blog yang disediakan untuk memberi maklumat terkini tentang aktiviti yang dilaksanakan dan latarbelakang PPKI.

 
References
: Classroom Action Research
: Teacher Research
: Kajian Tindakan - Panduan Asas
: Action Research in Education
: Blog in Education by Scott Huette, 2006
: Half an Hour - Blogs in Education
Article Journal
: Implementing Readers Theatre

: Using a Visual Tool to Increase Adjectives

: Enhancing Teachers' Incorporation of ICT in Classroom Teaching
Course Structure
Book
Practitioner Research for Teachers

APPROVED
AKTIVITI 6 : Huraian Kekuatan Pengajaran Berdasarkan Matapelajaran
Thursday, November 19, 2009
Huraian Kekuatan Pengajaran Berdasarkan Matapelajaran (Pengalaman Individu)

Kekuatan Pertama
Subjek Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat mengandungi pelbagai konsep dan teori dan praktikal yang boleh digunakan dan diaplikasikan oleh guru melalui konsep konstruktivisme dalam proses P&P guru.

Kekuatan Kedua
Kandungan dan topik-topik subjek Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat diberikan penekanan oleh guru yang berdasarakan kepada buku teks pelajar.

Kekuatan Ketiga
Penilaian dan prestasi pelajar dapat diukur melalui ujian dan latihan yang boleh diperolehi dalam buku teks untuk meningkatkan kefahaman pelajar.



Huraian Kekuatan Pengajaran Berdasarkan Matapelajaran (Pengalaman Kumpulan)


Kekuatan Pertama
Pengajaran subjek Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat adalah berkait langsung dalam kehidupan seharian.

Contohnya Bab Konsumerisme dalam subjek perdagangan memberikan pengetahuan kepada pelajar berkenaan hak-hak mereka sebagai pengguna kepada barangan dan perkhidmatan.

Topik bentuk dan ruang dalam subjek Matematik melibatkan bentuk-bentuk yang akan digunakan dan dilihat dalam kehidupan seharian.

Subjek Teknologi Maklumat pula memberi kesan interaksi yang ketara disebabkan pendedahan kepada teknologi yang semakin membangun pada masa kini.


Kekuatan Kedua
Guru menggunakan masa yang diperuntukkan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kekuatan Ketiga
Guru mempraktikkan amalan yang dipercayai oleh pelajar.

Kekuatan Keempat
Murid selesa dengan pengajaran sedia ada oleh guru.



Huraian Kekuatan Pengajaran Berdasarkan Matapelajaran (Pengalaman Kumpulan Lain)


Kekuatan Pertama
Pengajaran ketiga-tiga subjek hanya daripada satu punca iaitu guru dimana pelajar bergantung hanya kepada satu sumber maklumat yang sahih.
Kekuatan Kedua
Guru menggunakan masa yang diperuntukkan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kekuatan Ketiga
Guru mempraktikkan amalan yang dipercayai oleh pelajar.
Kekuatan Keempat
Murid selesa dengan pengajaran sedia ada oleh guru.



Huraian Kekuatan Pengajaran Berdasarkan Matapelajaran ("Literature Review")

Jurnal 1 : Information Technology and the Classroom of the Future oleh William J. Adams dan B. J. Jansen, United States Military Academy


Dalam kajian jurnal ini, pengkaji menyatakan beberapa kekuatan dalam penggunaan Teknologi Maklumat dalam pengajaran kelas iaitu :

1. Menyampaikan Arahan Bahan Pengajaran
Penggunaan interaktif dengan menggunakan Hypertext Markup Language (HTML) dan WWW untuk memasukkan persembahan video. Penggunaan laman web yang memautkan fail multimedia, guru boleh menggunakan laman web untuk memilih dan memasangkan pelbagai video.
Guru juga boleh merekodkan video atau kaset audio pengajaran dalam kelas dan kemudian menghantar e-mel kepada setiap pelajar untuk simpanan mereka.
Penyampaian bahan pengajaran juga boleh dibuat melalui sistem Video Conferencing (VTS), guru boleh menghantar isyarat video dan audio kepada pelajar pada lokasi yang berlainan. Pelajar boleh berkomunikasi dengan guru dengan menggunakan sistem ini.

2. Interaksi dengan Pelajar
Guru boleh berinteraksi dengan pelajar dengan menggunakan mesej elektronik (E-mel) untuk memaparkan pertanyaan, jawapan soalan dan memberikan tugasan serta bantuan.
Selain itu, guru boleh menggunakan forum terbuka yang disokong oleh senarai e-mel seperti USENET forum berita, atau sistem papan buletin yang membenarkan pelajar untuk menyampaikan soalan mereka dan kemudian ia akan terbuka untuk dikomen dan dijawab oleh ramai orang.

3. Tugasan dapat diberikan, diterima dan dinilai
Guru dapat memberikan tugasan melalui laman web dan e-mel. Pelajar boleh mencari sumber daripada pangkalan data maklumat laman web. Guru boleh meminta pelajar untuk membina satu HTML untuk menghantar tugasan dan guru boleh menilai tugasan melalui laman web mereka.

Jurnal 2 : Visualisasi: Satu Anjakan Dalam Teknik Penyelesaian Masalah Matematik KBSR oleh Samsudin Drahman dan Fatimah Saleh

Pengkaji menyatakan kekuatan dalam pengajaran Matematik iaitu dalam teknik penyelesaian masalah matematik, murid cenderung menyelesaikan masalah matematik menggunakan teknik menghafal prosedur dan operasi matematik, menggunakan angka-angka dan istilah yang menjadi kata kunci dapat menghasilkan penyelesaian yang betul bagi masalah matematik yang rutin.
posted by CHRISTY JR TAN @ 9:59 PM  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 
About Me

Name: CHRISTY JR TAN
Home: Bangi, Selangor, Malaysia
About Me: DPLI Student Majoring in Hearing Disabilities (Special Needs) Universiti Kebangsaan Malaysia.
See my complete profile

click for free hit counter
Get a free hit counter here.
Previous Post
Archives
My Blog List
Music

© 2005 Program Pendidikan Khas Integrasi Kolej Vokasional Keningau Blogger Templates by Isnaini and Cool Cars Pictures