Program Pendidikan Khas Integrasi Kolej Vokasional Keningau

Blog yang disediakan untuk memberi maklumat terkini tentang aktiviti yang dilaksanakan dan latarbelakang PPKI.

 
References
: Classroom Action Research
: Teacher Research
: Kajian Tindakan - Panduan Asas
: Action Research in Education
: Blog in Education by Scott Huette, 2006
: Half an Hour - Blogs in Education
Article Journal
: Implementing Readers Theatre

: Using a Visual Tool to Increase Adjectives

: Enhancing Teachers' Incorporation of ICT in Classroom Teaching
Course Structure
Book
Practitioner Research for Teachers

APPROVED
AKTIVITI 3 - Pembentangan Pertama dan Kedua Kolokium DPLI Januari 2009
Thursday, November 19, 2009
Tajuk

Pembentangan Pertama :

MENINGKATKAN MINAT PELAJAR DALAM

SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM BAHAGIAN IBADAH

MELALUI KAEDAH SIMULASI


Pembentang :


AISYATULASYIQAH BT MOHAMED

P48594



Permasalahan

kepada Kajian Tindakan


1. Kaedah Pengajaran yang digunakan tidak berkesan untuk mempelajari Pendidikan Islam.
2. Guru hanya menekankan proses P&P yang berpusatkan guru.

Metodologi Kajian

1. Menggunakan kaedah Simulasi untuk menerangkan cara-cara menyucikan najis Mukhaffah, mutawassitah dan mughallazah.
2. Guru membuat simulasi di hadapan pelajar.
3. Pelajar diberi peluang untuk melaksanakan simulasi tersebut.
4. Guru memperkasakan pengetahuan pelajar dengan kuiz secara lisan.
5. Pelajar menjawab kuiz lisan dengan mencabut soalan dalam kotak yang disediakan.
6. Guru memilih pelajar secara rawak.


Kesesuaian Kajian dengan Maksud Kajian Tindakan

Pada pendapat saya, kajian yang dijalankan hanya memfokuskan kepada kaedah pengajaran menggunakan pendekatan simulasi dalam proses P&P. Menurut Kemmis, 1986. Beliau menyatakan maksud Kajian Tindakan sebagai penambahbaikan kepada kaedah pengajaran, penambahbaikan kepada kefahaman dalam kaedah pengajaran dan penambahbaikan kepada situasi di mana kaedah pengajaran dilaksanakan. Berdasarkan kepada pernyataan beliau,
pembentang cuba menggunakan pendekatan simulasi dan memperbaiki kaedah ini untuk proses
P&P. Pembentang menambahbaik kaedah simulasi dengan melibatkan penglibatan pelajar dan
memperbaiki kefahaman kaedah simulasi dengan memberi peluang kepada pelajar untuk menjalankan simulasi sendiri. Ini jelas menunjukkan pembentang menjalankan kajian tindakan sesuai dengan maksud kajian tindakan berdasarkan kepada Kemmis,1986.




Tajuk

Pembentangan Kedua :

MENINGKATKAN

MINAT PELAJAR TERHADAP SIRAH DAN

TAMADUN ISLAM DALAM MATA PELAJARAN

PENDIDIKAN ISLAM MELALUI PENDEKATAN

TAYANGAN VIDEO


Pembentang :


ASSARAH BINTI AHMAD SUKI P48590
NURULHUDA BINTI RAHIM P48613
NURUL HAFIZA BINTI SOHAIMI P49004



Permasalahan kepada Kajian Tindakan

1. Pelajar kurang memahami pengajaran guru kerana kekurangan alat bantu mengajar yang terhad dan tidak berkesan untuk membantu kefahaman pelajar.
2. Guru perlu menggunakan pelbagai kaedah untuk memastikan pelajar memahami maksud dan
pengajaran guru dalam bilik darjah.
3. Guru menambahbaik kaedah sedia ada dengan kreativiti sendiri untuk menghasilkan kaedah yang berkualiti dan berkesan yang membantu pelajar.


Metodologi Kajian

1. Metodologi kajian dibahagikan kepada tiga peringat.
2. Peringkat Pertama, guru membuat perancangan aktiviti P&P menerusi Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
3. Peringkat Kedua, guru melaksanakan proses P&P menggunakan tayangan video sebagai alat bantu mengajar.
4. Guru menayangkan video dan meminta pelajar melaksanakan aktiviti dalam kumpulan secara
perbincangan dan membuat pembentangan.
5. Guru menilai reaksi dan tingkahlaku pelajar berdasarkan kepada keberkesanan tayangan video yang dijalankan.
6. Peringkat terakhir, guru membuat refleksi melalui analisis data untuk menilai keberkesanan kaedah yang digunakan.


Kesesuaian Kajian dengan Maksud Kajian Tindakan

Pada pendapat saya, kajian yang dijalankan hanya memfokuskan kepada kaedah pengajaran
menggunakan tayangan video dalam proses P&P. Berdasarkan kepada kajian pembentang,
pembentang cuba mengunakan kaedah tayangan video sebagai kaedah pengajaran. Menurut maksud kajian tindakan secara umum, kajian tindakan adalah suatu proses penambahbaikan kaedah pengajaran guru dalam bilik darjah. Guru cuba untuk memperbaiki kaedah pengajaran dengan mengunakan pendekatan video. Boleh dikatakan pembentang menjalankan kajian tindakan kerana pembentang berusaha memperbaiki kaedah pengajaran berasaskan video. Walaubagaimanapun, kajian ini kurang menekankan kajian tindakan sebagai proses untuk menambahbaik kaedah sedia ada kerana pendekatan yang digunakan telah lama diamalkan dan perlu diperkasakan lagi dengan kreativiti yang baru dan asli.

posted by CHRISTY JR TAN @ 8:15 PM  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 
About Me

Name: CHRISTY JR TAN
Home: Bangi, Selangor, Malaysia
About Me: DPLI Student Majoring in Hearing Disabilities (Special Needs) Universiti Kebangsaan Malaysia.
See my complete profile

click for free hit counter
Get a free hit counter here.
Previous Post
Archives
My Blog List
Music

© 2005 Program Pendidikan Khas Integrasi Kolej Vokasional Keningau Blogger Templates by Isnaini and Cool Cars Pictures