Program Pendidikan Khas Integrasi Kolej Vokasional Keningau

Blog yang disediakan untuk memberi maklumat terkini tentang aktiviti yang dilaksanakan dan latarbelakang PPKI.

 
References
: Classroom Action Research
: Teacher Research
: Kajian Tindakan - Panduan Asas
: Action Research in Education
: Blog in Education by Scott Huette, 2006
: Half an Hour - Blogs in Education
Article Journal
: Implementing Readers Theatre

: Using a Visual Tool to Increase Adjectives

: Enhancing Teachers' Incorporation of ICT in Classroom Teaching
Course Structure
Book
Practitioner Research for Teachers

APPROVED
AKTIVITI 7 : Huraikan kelemahan pengajaran berdasarkan matapelajaran
Thursday, November 19, 2009
Huraian Kelemahan Pengajaran Berdasarkan Matapelajaran (Pengalaman Individu)
1. Penggunaan internet yang mudah untuk mencapai sumber maklumat pada blog memberi implikasi pelajar akan leka dan mula melayari laman web yang lain.
2. Keseronokan melayari blog ketika bersembang secara maya sehingga lupa pada penyampaian maklumat yang disampaikan oleh guru.
3. Pelajar tidak dapat menggunakan aplikasi atau perisian untuk digunakan oleh pelajar disebabkan komputer dan laptop tidak menyokong perisian tersebut.

Huraian Kelemahan Pengajaran Berdasarkan Matapelajaran (Pengalaman Kumpulan)
1. Pengajaran bersifat tradisional dimana guru hanya bergantung kepada penggunaan buku teks dan pengajaran berpusatkan guru.
2. Guru kurang menerapkan pengajaran melalui penemuan dan penerokaan.
3. Guru kurang mendedahkan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran
4. Kurang pengajaran berbentuk aktiviti seperti penggunaan kad imbasan


Huraian Kelemahan Pengajaran Berdasarkan Matapelajaran (Pengalaman Kumpulan Lain)
1. Guru lebih fokus kepada pengajaran 'chalk & talk' dan kurang berpusatkan pelajar.
2. Guru kurang kreatif dalam mempelbagaikan alat bantu mengajar dan selalunya lebih bergantung kepada buku teks sahaja.
3. Guru tidak memainkan peranan dalam mengembangkan potensi dan kebolehan dalam diri pelajar.


Huraian Kelemahan Pengajaran Berdasarkan Matapelajaran ("Literature Review")

Jurnal : Information Technology and the Classroom of the Future oleh William J. Adams dan B. J. Jansen, United States Military Academy

Dalam kajian jurnal ini, pengkaji menyatakan beberapa kelemahan dalam penggunaan Teknologi Maklumat dalam pengajaran kelas iaitu :
  1. Guru perlu mempunyai kemahiran dalam meletakkan bahan dalam rangkaian komputer atau mencipta sumber multimedia untuk kursus mereka.
  2. Pencarian dana untuk menyokong pembelian alat-alat teknologi komputer dan juga kos penyelenggaraan yang tinggi.

Jurnal 2 : Visualisasi: Satu Anjakan Dalam Teknik Penyelesaian Masalah Matematik KBSR oleh Samsudin Drahman dan Fatimah Saleh

Dalam kajian jurnal ini, pengkaji menyatakan beberapa kelemahan dalam pengajaran subjek matematik iaitu :
  1. Murid melaksanakan penyelesaian tanpa memahami dengan sempurna maksud keseluruhan sesuatu masalah semasa menyelesaikan masalah matematik berayat.
  2. Murid terkongkong dengan satu teknik penyelesaian yang biasa disampaikan oleh guru sahaja.
  3. Aktiviti pembelajaran pada peringkat operasi konkrit masih bergantung kepada objek-objek maujud dan menggunakan “hand-on material”.
Jurnal 3 : Kesediaan Guru-Guru Perdagangan di Wilayah Persekutuan dari aspek pengetahuan kaedah pengajaran dan sikap terhadap pengajaran subjek pengajian keusahawanan oleh Nor Aishah Buangi dan Yap Poh Moi.

Dalam kajian jurnal ini, pengkaji menyatakan beberapa kelemahan dalam pengajaran subjek perdagangan iaitu :
  1. Pengetahuan pedagogi guru-guru Perdagangan tentang kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai diamalkan dalam pengajaran subjek adalah terhad.
  2. Guru-guru Perdagangan masih suka dengan teknik kuliah, soal jawab dan penyelesaian masalah, sementara teknik-teknik pengajaran seperti simulasi, projek, dan permainan tidak popular di kalangan mereka.
  3. Terdapat guru-guru Perdagangan yang berminat dalam bidang keusahawanan tetapi enggan melibatkan diri atau meluangkan masa dalam membimbing pelajar-pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan pada waktu-waktu tertentu di sekolah.
posted by CHRISTY JR TAN @ 10:02 PM  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 
About Me

Name: CHRISTY JR TAN
Home: Bangi, Selangor, Malaysia
About Me: DPLI Student Majoring in Hearing Disabilities (Special Needs) Universiti Kebangsaan Malaysia.
See my complete profile

click for free hit counter
Get a free hit counter here.
Previous Post
Archives
My Blog List
Music

© 2005 Program Pendidikan Khas Integrasi Kolej Vokasional Keningau Blogger Templates by Isnaini and Cool Cars Pictures