Berdasarkan maklum balas, penambahbaikan telah dimurnikan.
CADANGAN MINI KAJIAN TINDAKAN :
Blog dan Kad Imbasan dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Tujuan Kajian
- Membudayakan ICT dengan menggunakan pendekatan Blog dan Kad Imbasan dalam Matapelajaran Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat.
Objektif Kajian
- Memperbaiki amalan pengajaran matapelajaran Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat. - Meneroka kemudahan dalam aplikasi penggunaan laman web Blog dan pendekatan kad imbasan oleh guru dan pelajar untuk diaplikasi pada masa akan datang.
Pernyataan Masalah
-Masalah yang timbul dikalangan pelajar yang kurang minat terhadap mata pelajaran Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat . Hal ini kerana guru lebih banyak mengamalkan pengajaran tradisional berbentuk syarahan dan hanya berpandukan kepada buku teks tanpa latihan praktikal yang cukup. -Masalah kurangnya pendedahan penggunaan kemahiran laman web Blog dalam pengajaran dan pembelajaran. Persoalan Kajian
Adakah pendekatan blog dan kad imbasan dalam subjek Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat dapat menarik minat pelajar?
Adakah penggunaan blog dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mendedahkan kemahiran teknologi kepada pelajar? |
Post a Comment