Program Pendidikan Khas Integrasi Kolej Vokasional Keningau

Blog yang disediakan untuk memberi maklumat terkini tentang aktiviti yang dilaksanakan dan latarbelakang PPKI.

 
References
: Classroom Action Research
: Teacher Research
: Kajian Tindakan - Panduan Asas
: Action Research in Education
: Blog in Education by Scott Huette, 2006
: Half an Hour - Blogs in Education
Article Journal
: Implementing Readers Theatre

: Using a Visual Tool to Increase Adjectives

: Enhancing Teachers' Incorporation of ICT in Classroom Teaching
Course Structure
Book
Practitioner Research for Teachers

APPROVED
PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP) 2006-2010 (RMK-9)
Sunday, July 18, 2010
PIPP DAN MISI NASIONAL

Misi Nasional memberikan penekanan tinggi ke atas pembangunan modal insan ‘Minda Kelas Pertama’ sebagai pendekatan utama bagi melonjak ke status negara maju.

Peranan pendidikan amat penting dalam menjayakan teras Misi Nasional terutama bagi Teras 2 dan Teras 3 iaitu:-

Teras 2 : Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’
Teras 3 : Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif

Pendekatan PIPP

Matlamat PIPP adalah untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. Dua pendekatan utama telah dikenalpasti sepanjang tempoh RMK-9 iaitu:-

Pendekatan Pertama : Menyelesaikan Tugas Yang Masih Belum Selesai dan Kesamarataan Peluang Pendidikan
• Memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira lokasi, kaum, kelompok kurang upaya, Orang Asli dan suku minoriti lain.
• Memastikan semua pelajar menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dan tidak ada pelajar yang tercicir daripada sistem pendidikan akibat kemiskinan, berada di kawasan luar bandar dan pedalaman.
• Perluasan ke semua jenis sekolah dan lokasi akan ditingkatkan untuk memastikan semua pelajar mendapat akses ICT khususnya capaian kepada internet.

PENDEKATAN KEDUA : KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN
• KPM akan memberi perhatian khusus ke atas sekolah yang telah mencapai tahap cemerlang (mengekalkan kecemerlangan dan mampu mempertingkatkan kecemerlangan ke tahap yang lebih tinggi).
• KPM akan mengenal pasti sekolah-sekolah dalam kluster Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Premier, Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah 100 tahun (Centennial), Sekolah Bestari serta sekolah-sekolah Putrajaya dan Cyberjaya.

Teras Strategik PIPP


6 teras strategik telah dikenalpasti untuk memperkukuhkan sistem pendidikan negara seperti jadual 1 berikut:-

JADUAL 1 : TERAS STRATEGIK PIPP

Teras 1 - Membina Negara Bangsa
Teras 2 - Membangunkan Modal Insan
Teras 3 - Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Teras 4 - Merapatkan Jurang Pendidikan
Teras 5 - Memartabatkan Profesion Keguruan
Teras 6 - Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

Sumber : PIPP 2009
posted by CHRISTY JR TAN @ 8:38 PM   1 comments
National Education Key Result Area (NKRA)
NKRA - 27 Julai 2009 merupakan satu matlamat kerajaan dalam memperbaiki kualiti masyarakat yang mengariskan kepada enam teras. Matlamat ini adalah untuk mengurangkan kadar
jenayah, dan memerangi rasuah. Bidang bidang lain termasuk meluaskan akses
kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan; meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah; memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman; dan menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.

ENAM teras NKRA


1. MENGURANGKAN KADAR JENAYAH
2. MEMBANTERAS RASUAH
3. MELUASKAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI DAN BERKEMAMPUAN
4. MENINGKATKAN STANDARD KELUARGA BERPENDAPATAN RENDAH
5. MENINGKATKAN INFRASTRUKTUR DI KAWASAN PEDALAMAN
6. MENAMBAH BAIK PENGANGKUTAN DI KAWASAN BANDAR

MKPI

1. Peningkatkan kadar penyertaan murid prasekolah sebanyak 20% pada akhir
tahun 2012
2. Semua murid normal boleh menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi
selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir 2012
3. Membangunkan 100 buah sekolah berprestasi tinggi
4. New Deal/Bai’ah untuk Pengetua dan Guru Besar berdasarkan Performance
Base Assessment
5. Meningkatkan penyertaan pelajar sebanyak 100 % dalam aliran vokasional dan
kemahiran
LITERASI DAN NUMERASI (LINUS)


Program LINUS

Program LINUS adalah salah satu usaha kerajaan untuk memperkasakan kualiti pendidikan negara dalam pendidikan sekolah rendah. Antara prinsip yang menjadi teras dalam program ini adalah melalui Literasi dan Nemurasi.

Literasi
Berperanan dalam memastikan pelajar membaca, menulis dan memahami perkataan dalam Bahasa Malaysia dan mengaplikasikannya dalam komunikasi dan hubungan dengan masyarakat.

Numerasi
Berperanan dalam memastikan pelajar berupaya melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
matematik dalam kehidupan harian.
posted by CHRISTY JR TAN @ 8:10 PM   1 comments
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
Matlamat Pendidikan

Matlamat pendidikan adalah untuk memperkasakan kemahiran dan bakat pelajar secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu dan meliputi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmanois dan berakhlak mulia.

Matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)


Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

Objektif KBSR


Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk membolehkan untuk membolehkan murid:

i. menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara;

ii. menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah;

iii. menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian;

iv. menguasai kemahiran belajar;

v. menguasai kemahiran berfikir;

vi. bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;

vii. memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya;

viii. membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri;

ix. mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar;

x. menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal;

xi. memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional;

xii. menjaga kesihatan dan kecergasan diri;

xiii. menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti;

xiv. menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam;

xv. menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia;

xvi. membina semangat patriotisme;

xvii. mengembangkan bakat dan kreativiti; dan

xviii. mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yang menjadikannya asas bagi amalan hidup.

Prinsip KBSR


KBSR digubal berlandaskan prinsip-prinsip berikut yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan:-

i. Pendekatan Bersepadu;

ii. Perkembangan individu secara menyeluruh;

iii. Pendidikan yang sama untuk semua murid; dan

iv. Pendidikan seumur hidup.

v. murid sekolah rendah lazimnya mudah memperolehi ilmu dan kemahiran melalui aktiviti kemahiran dibilik darjah berbanding dengan penglaman hidup mereka, justeru semua aktiviti pembelajaran harus dihubungkaitkan dengan pengalaman hidup mengikut peringkat

vi. suasana kondusif sekolah adalah untuk meberi peluang dan galakkan interaksi sosial , bertukar pendapat dan kerjasama di kalangan murid

vii. aktiviti dibilik darjah harus membolehkan murid mengembangkan pemikiran kritis dan kreatif serta melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses menguasai kemahiran asas

viii. aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel

ix. penekanan kepada nilai (merentas kurikulum)

x. penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira)

xi. penilaian perlu di intergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah

posted by CHRISTY JR TAN @ 6:54 PM   0 comments
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."


Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

Sumber : 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007) -Penerbit USM, 2007


posted by CHRISTY JR TAN @ 6:52 PM   0 comments
About Me

Name: CHRISTY JR TAN
Home: Bangi, Selangor, Malaysia
About Me: DPLI Student Majoring in Hearing Disabilities (Special Needs) Universiti Kebangsaan Malaysia.
See my complete profile

click for free hit counter
Get a free hit counter here.
Previous Post
Archives
My Blog List
Music

© 2005 Program Pendidikan Khas Integrasi Kolej Vokasional Keningau Blogger Templates by Isnaini and Cool Cars Pictures