PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP) 2006-2010 (RMK-9)
Sunday, July 18, 2010
PIPP DAN MISI NASIONAL
Misi Nasional memberikan penekanan tinggi ke atas pembangunan modal insan ‘Minda Kelas Pertama’ sebagai pendekatan utama bagi melonjak ke status negara maju.
Peranan pendidikan amat penting dalam menjayakan teras Misi Nasional terutama bagi Teras 2 dan Teras 3 iaitu:-
Teras 2 : Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’ Teras 3 : Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif
Pendekatan PIPP
Matlamat PIPP adalah untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. Dua pendekatan utama telah dikenalpasti sepanjang tempoh RMK-9 iaitu:-
Pendekatan Pertama : Menyelesaikan Tugas Yang Masih Belum Selesai dan Kesamarataan Peluang Pendidikan • Memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira lokasi, kaum, kelompok kurang upaya, Orang Asli dan suku minoriti lain. • Memastikan semua pelajar menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dan tidak ada pelajar yang tercicir daripada sistem pendidikan akibat kemiskinan, berada di kawasan luar bandar dan pedalaman. • Perluasan ke semua jenis sekolah dan lokasi akan ditingkatkan untuk memastikan semua pelajar mendapat akses ICT khususnya capaian kepada internet.
PENDEKATAN KEDUA : KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN • KPM akan memberi perhatian khusus ke atas sekolah yang telah mencapai tahap cemerlang (mengekalkan kecemerlangan dan mampu mempertingkatkan kecemerlangan ke tahap yang lebih tinggi). • KPM akan mengenal pasti sekolah-sekolah dalam kluster Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Premier, Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah 100 tahun (Centennial), Sekolah Bestari serta sekolah-sekolah Putrajaya dan Cyberjaya.
Teras Strategik PIPP
6 teras strategik telah dikenalpasti untuk memperkukuhkan sistem pendidikan negara seperti jadual 1 berikut:-
JADUAL 1 : TERAS STRATEGIK PIPP
Teras 1 - Membina Negara Bangsa Teras 2 - Membangunkan Modal Insan Teras 3 - Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Teras 4 - Merapatkan Jurang Pendidikan Teras 5 - Memartabatkan Profesion Keguruan Teras 6 - Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan
NKRA - 27 Julai 2009 merupakan satu matlamat kerajaan dalam memperbaiki kualiti masyarakat yang mengariskan kepada enam teras. Matlamat ini adalah untuk mengurangkan kadar jenayah, dan memerangi rasuah. Bidang bidang lain termasuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan; meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah; memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman; dan menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.
ENAM teras NKRA
1. MENGURANGKAN KADAR JENAYAH 2. MEMBANTERAS RASUAH 3. MELUASKAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI DAN BERKEMAMPUAN 4. MENINGKATKAN STANDARD KELUARGA BERPENDAPATAN RENDAH 5. MENINGKATKAN INFRASTRUKTUR DI KAWASAN PEDALAMAN 6. MENAMBAH BAIK PENGANGKUTAN DI KAWASAN BANDAR
MKPI
1. Peningkatkan kadar penyertaan murid prasekolah sebanyak 20% pada akhir tahun 2012 2. Semua murid normal boleh menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir 2012 3. Membangunkan 100 buah sekolah berprestasi tinggi 4. New Deal/Bai’ah untuk Pengetua dan Guru Besar berdasarkan Performance Base Assessment 5. Meningkatkan penyertaan pelajar sebanyak 100 % dalam aliran vokasional dan kemahiran LITERASI DAN NUMERASI (LINUS)
Program LINUS
Program LINUS adalah salah satu usaha kerajaan untuk memperkasakan kualiti pendidikan negara dalam pendidikan sekolah rendah. Antara prinsip yang menjadi teras dalam program ini adalah melalui Literasi dan Nemurasi.
Literasi Berperanan dalam memastikan pelajar membaca, menulis dan memahami perkataan dalam Bahasa Malaysia dan mengaplikasikannya dalam komunikasi dan hubungan dengan masyarakat.
Numerasi Berperanan dalam memastikan pelajar berupaya melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.
Matlamat pendidikan adalah untuk memperkasakan kemahiran dan bakat pelajar secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu dan meliputi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmanois dan berakhlak mulia.
Matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
Objektif KBSR
Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk membolehkan untuk membolehkan murid:
i. menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara;
ii. menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah;
iii. menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian;
iv. menguasai kemahiran belajar;
v. menguasai kemahiran berfikir;
vi. bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;
vii. memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya;
viii. membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri;
ix. mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar;
x. menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal;
xi. memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional;
xii. menjaga kesihatan dan kecergasan diri;
xiii. menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti;
xiv. menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam;
xv. menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia;
xvi. membina semangat patriotisme;
xvii. mengembangkan bakat dan kreativiti; dan
xviii. mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yang menjadikannya asas bagi amalan hidup.
Prinsip KBSR
KBSR digubal berlandaskan prinsip-prinsip berikut yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan:-
i. Pendekatan Bersepadu;
ii. Perkembangan individu secara menyeluruh;
iii. Pendidikan yang sama untuk semua murid; dan
iv. Pendidikan seumur hidup.
v. murid sekolah rendah lazimnya mudah memperolehi ilmu dan kemahiran melalui aktiviti kemahiran dibilik darjah berbanding dengan penglaman hidup mereka, justeru semua aktiviti pembelajaran harus dihubungkaitkan dengan pengalaman hidup mengikut peringkat
vi. suasana kondusif sekolah adalah untuk meberi peluang dan galakkan interaksi sosial , bertukar pendapat dan kerjasama di kalangan murid
vii. aktiviti dibilik darjah harus membolehkan murid mengembangkan pemikiran kritis dan kreatif serta melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses menguasai kemahiran asas
viii. aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel
ix. penekanan kepada nilai (merentas kurikulum)
x. penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira)
xi. penilaian perlu di intergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.
Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.
Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.
FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.
Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.
Sumber : 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007) -Penerbit USM, 2007
1. Penulis menggunakan soal selidik untuk menentukan kategori yang hendak diukur. Kemudian maklumbalas dikumpulkan dalam kategori yang sama dan analisis dijalankan ke atas kategori tersebut.
2. Penulis mengunakan carta dan gambarajah/jadual untuk menyampaikan keputusan soal selidik secara menyeluruh. Carta statistic juga digunakan untuk mengukur sejauh mana keputusan soal selidik tersebut.
3. Berdasarkan carta/gambarajah, analisis yang dijalankan dapat menentukan data atau maklumat yang diproses diketahui.
Kekuatan
1. Pengumpulan maklumat yang banyak dapat dikumpulkan dengan cepat dan mudah.
2. Pengkaji dapat membuat perbandingan ke atas responden secara individu atau berlainan kumpulan.
3. Data yang dikumpulkan dapat disampaikan secara statistic (carta/gambarajah)
Kelemahan
1. Soalan yang mempunyai isu yang kompleks sukar untuk disampaikan.
2. Maklumbalas yang sedikit ini kebiasaanya gagal untuk relate tahap kesukaran yang hendak diukur.
3. Soal selidik tidak memberikan cukup penekanan pada isu yang dikemukakan kepada responden.
Cadangkan penambahbaikan :
1. Cadangan untuk melaksanakan soal selidik dalam lingkungan masa yang telah ditetapkan. Membantu pengkaji memantau progress yang hendak diukur.
Sumber Data : Interviews (temuduga)
Teknik Analisis :
1. Analisis yang dijalankan adalah berdasarkan kepada jawapan hasil daripada temuduga. Oleh itu, soalan temuduga perlu address isu yang ingin diperlukan untuk mendapatkan keputusan yang diingini.
2. Pengkaji perlu melihat corak yang wujud dalam setiap temuduga yang dijalankan. Proses ini adalah proses untuk mendapatkan “key-point” dan menghubungkannya untuk mendapatkan keputusan secara menyeluruh.
3. Pengkaji kemudian menyampaikan keputusan dalam laporan bertulis. Pengkaji perlu menekankan soalan kajian, dengan memberi pengenalan awal dalam keputusan temuduga yang dijalankan.
Kekuatan 1. Temuduga dapat menentukan isu-isu dengan lebih jelas dalam setiap responden.
2. Mengalakkan responden untuk menyampaikan lebih banyak maklumat secara tidak langsung.
3. Merupakan kaedah penyelidikan yang boleh disesuaikan dalam pelbagai situasi dan pelbagai responden.
4. Pengkaji boleh mengumpul data kualitatif yang terperincih untuk menyampaikan kenyataan responden sendiri.
Kelemahan
1. Temuduga tidak berstruktur tidak konsisten dari segi prosedur kandungan.
2. Temuduga berstruktur pula kebiasaanya tertinggal isu-isu yang ingin diketengahkan.
Cadangkan penambahbaikan :
1. Temuduga yang dijalankan perlu dilaksanakan secara berperingkat untuk memantau progress yang hendak diukur.
Berikut merupakan teori-teori yang boleh digunakan atau diadaptasikan bagi setiap masalah yang dihadapi semasa menjalankan aktiviti kajian tindakan.
Teori Pertama : Teori Pembelajaran Berstruktur Teori Kedua : Teori Pembelajaran Tingkahlaku
Teori di atas digunakan sebagai panduan semasa menjalankan kajian. Perlaksanaan teori di atas dijalankan berdasarkan kepada strategi yang telah ditetapkan. Strategi yang berkesan membantu teori supaya peranan dan fungsi teori tersebut dapat diaplikasikan dengan berkesan dan mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Antara strategi-strategi ini adalah seperti berikut:- Strategi Pertama : Kaedah pengajaran berpusatkan guru -Syarahan atau kuliah yang terancang berserta demontrasi penggunaan blog. -Syarahan atau kuliah dibantu dengan penggunaan kad imbasan yang lebih menarik.
Strategi Kedua : Kaedah pengajaran berpusatkan pelajar -Lawatan ke lapangan iaitu pelajar akan meninjau dan meneroka sendiri penggunaan blog di luar waktu kelas tanpa bimbingan guru.
KERANGKA TEORITIKAL
Teori pembelajaran berstruktur
-Melibatkan cara yang formal untuk menyampaikan kandungan pembelajaran -Melibatkan teori kognitif
-Melibatkan kaedah untuk mengenalpasti pengetahuan dan gelagat seseorang -Merupakan satu teori pengajaran guru yang dapat mempengaruhi pembelajaran pelajar.
Teori menyatakan bahawa setiap input akan menghasilkan output. Input boleh terdiri daripada apa-apa sahaja, konsep, proses atau idea. Apa-apa sahaja elemen input dan output akan menunjukkan sebagai hirarki sesuatu elemen. Ini bermaksud, sesuatu input itu adalah dikatakan sebagai pemboleh ubah (variable) manakala, output pula merupakan nilai unik yang terhasil daripada proses (operational) yang juga dikenali sebagai hukum (Strutural Learing Theory’s rules ). (Lihat Kerangka operasional).
Teori Pembelajaran Tingkahlaku
Teori pembelajaran tingkahku mentafsirkan pembelajaran sebagai satu perubahan di dalam tingkahlaku seseorang dalam suatu situasi. Teori ini mementingkan hubungan antara sebab dan akibat atau rangsangan gerak balas. Teori ini sesuai digunakan untuk menyampaikan pengetahuan kepada pelajar serta membina kemahiran-kemahiran dikalangan pelajar di mana pengetahuan dan kemahiran yang diajar dibahagikan kepada beberapa unit-unit kecil kemudian disampaikan satu demi satu dan diperkukuhkan secara sistematik sehingga prestasi pelajar mencapai pada tahap yang diingini. Perubahan tingkahlaku dapat dilihat dengan menyediakan ganjaran untuk prestasi yang baik dan hukuman untuk yang sebaliknya.
KERANGKA KONSEPTUAL
Rajah di sebelah menunjukkan Kerangka Konseptual untuk menerangkan dengan lebih lanjut urutan peristiwa yang berlaku.
Kewujudan pernyataan masalah seperti kurangnya minat dan kemahiran teknologi maklumat dalam subjek Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat di kalangan pelajar sebagai "Pernyataan Masalah" merupakan peringkat pertama dalam proses kerangka konseptual. Masalah ini dikenalpasti terlebih dahulu oleh guru melalui kaedah pemerhatian, soal selidik dan lain-lain.
Kemudian, guru melaksanakan metodologi seperti mengenalpasti :- a) Sampel Kajian - pelajar berkeperluan khas subjek Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat.
b) Setting Kajian - di dalam bilik darjah.
Proses yang berlaku adalah guru menjalankan kajian dan menentukan cara penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi masalah yang dihadapi dengan aktiviti pengumpulan data dan lain-lain.
Guru kemudiannya menggunakan pendekatan Blog dan Kad Imbasan sebagai alternatif untuk mengatasi masalah yang dihadapi.
Seterusnya, pendekatan Blog dan Kad Imbasan dilaksanakan dalam proses P&P.
Sekiranya proses P&P menggunakan pendekatan blog dan kad imbasan berkesan, guru telah mencapai matlamat Pengajaran Berkesan. Sebaliknya, guru akan menyelidik permasalahan yang timbul dan memperbaiki pendekatan sedia ada.
Rajah di atas menunjukkan Operasional Kajian yang menerangkan secara terperincih mengenai input dan output kajian.
Kerangka Operasional menjelaskan Blog dan Kad Imbasan sebagai input dalam kerangka ini. Input ini adalah berdasarkan kepada konteks adakah pendekatan Blog dan Kad Imbasan ini menarik atau sebaliknya dalam usaha untuk menarik minat pelajar.
Pada peringkat proses, guru akan melaksanakan proses P&P berdasarkan input yang telah ditentukan dan hasilnya akan menentukan samada pendekatan blog dan kad imbasan adalah berkesan atau sebaliknya.
Pada peringkat output, diharapkan pendekatan blog dan kad imbasan menjadi tarikan kepada semua pelajar untuk menarik minat dan pendekatan blog pula membantu dalam pendedahan kemahiran blog kepada pelajar.
Berdasarkan maklum balas, penambahbaikan telah dimurnikan.
CADANGAN MINI KAJIAN TINDAKAN :
Blog dan Kad Imbasan dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Tujuan Kajian
- Membudayakan ICT dengan menggunakan pendekatan Blog dan Kad Imbasan dalam Matapelajaran Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat.
Objektif Kajian
- Memperbaiki amalan pengajaran matapelajaran Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat. - Meneroka kemudahan dalam aplikasi penggunaan laman web Blog dan pendekatan kad imbasan oleh guru dan pelajar untuk diaplikasi pada masa akan datang.
Pernyataan Masalah
-Masalah yang timbul dikalangan pelajar yang kurang minat terhadap mata pelajaran Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat . Hal ini kerana guru lebih banyak mengamalkan pengajaran tradisional berbentuk syarahan dan hanya berpandukan kepada buku teks tanpa latihan praktikal yang cukup.
-Masalah kurangnya pendedahan penggunaan kemahiran laman web Blog dalam pengajaran dan pembelajaran.
Persoalan Kajian
Adakah pendekatan blog dan kad imbasan dalam subjek Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat dapat menarik minat pelajar? Adakah penggunaan blog dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mendedahkan kemahiran teknologi kepada pelajar?
Name: CHRISTY JR TAN Home: Bangi, Selangor, Malaysia About Me: DPLI Student Majoring in Hearing Disabilities (Special Needs) Universiti Kebangsaan Malaysia. See my complete profile